Showing posts with label Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Yusuf. Show all posts

Lulus! Buah dan sayur..

on Saturday, November 24, 2012

 
Nyum nyum..Yusuf memang mudah makan, tak banyak songeh orang kata..hehe. Senang ibu dia suap makanan..
Selama sebulan kami hanya bagi Yusuf makan puri buah atau sayur..ini hanyalah makanan pelengkap ye..makanan utama Yusuf semestinya masih susu ibu yang kaya dengan 1001 khasiat itu..ops, air masak pun Yusuf baru mula minum, di selang-seli dengan puri..
Masa bagi Yusuf makan puri, muka manis jer..masa minum air masak, dia suka menyembur..haish, main-main pulak budak kicik ni..
 
Jom tengok apa yang Yusuf makan..
Ibu: Yusuf, lets learn what u eat!
Yusuf: ........... (nganga mulut)

 
1-pear
2-epal merah..hijau tak mau naa, masam!

 
3-lobak merah
4-pisang...bananana!
5-keledek..tak jumpa yg merah, putih pun boleh tapi manisnya kurang sikit la..
 
yang tiada dalam gambar :
6-betik..dah tunjuk awal lagi kat Yusuf, sebelum betik kena potong..huu
7-mangga/pelam manis
 
Yusuf juga pernah cuba puri campur contohnya:
pisang+keledek
kacang hijau (peas)+lobak..yang ni memang gagal, Yusuf memang tak berkenan..2 kali suap je boleh..
 
Hasil dalam bulan ni, boleh kata setiap hari Yusuf buang air besar, kadang-kadang tengah makan pun muka berkerut-teran berak..aiyoo!
Paling cepat Yusuf 'membuang', lepas makan pisang, epal atau betik..
 
 
**Ibu Yusuf**
sangat seronok ajar anak kenal dan makan buah/sayur =)
 

Suntik antiparasit pada kucing

on Friday, November 23, 2012



16 Nov 2012 yang lalu selepas bercuti 6 hari di Pulau Pinang...kami bawa 5 ekor kucing ke Jabatan Haiwan Ipoh berdekatan dengan JPJ Ipoh...
Ramai juga manusia....
Semua kucing ni bersin, selsema, muntah, mata sakit berair...

Jadi Doktor hanya beri suntikan anti parasit dan ubat pil antibiotik sahaja...kenalah RM 25...

Yusuf pulak diam sahaja...tengok ja semua kucing yang datang ke pejabat haiwan.....

Muhammad Nuruddin Bashah





Kucing mama tu baby lagi..baru sebulan.  Ada empat ekor kesemuanya.  Cuma seekor ni dah dua kali muntah.  Pertama kali tu mama tak tengok sangat sebab muntah dia warna putih berketul ketul..mungkin muntah susu agaknya..kata hati mama..takda laa heran sangat..

Pagi tadi mama tengok dia muntah lagi..kesian dia.  Mama tengok dekat dekat dan terlihat ada benda bergerak gerak kat muntah dia tu.  Anak mama kata semut..mama tak puas hati.  Ambil lampu suluh,  suluh ke arah muntah.  Kelihatan cacing panjang lebih kurang dua inci sebesar mee hoon kering,  meliuk liuk..dua ekor kesemuanya..geli geleman mama tengok..

Biasalah..pelik sikit..buka cik google cari info.  Rupanya memang masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa mudarat kepada kucing.. alahai kesian kucing mama...

Mama terjumpa satu petua untuk merawat kucing di rumah,  beri kucing makan bawang putih.  Ambil 1/4 bawang putih dan kisar halus.  Jika kucing dewasa campur ke dalam makanan dia,  kalau baby..? mama ingat nak buat jus dan titik kat dalam mulut dia..cuba dahulu.  Kalau tak berkesan terpaksa hantar jumpa doktor..


Kebaikan bawang putih kepada kucing ialah menghapus cacing, menghapus parasit di dalam usus, menghilangkan kutu badan dan ubat sakit kulit..di sapu pada kulitnya yang bermasalah..Bila dah sembuh kena hentikan serta merta sebab kandungan N-Propyl Disulphide akan memusnahkan sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia..kurang darah laa tu..


Yusuf aktif bila tak berbaju...


TV pusaka keluarga kami

on Tuesday, November 13, 2012


Suatu ketika dahulu saya dan adik beradik dibesarkan dalam keadaan kami tidak memiliki televisyen mahupun radio.

Masa saya tingkatan 1, TV rumah meletup semasa kilat. Sejak tu mak tak beli dah TV...."aku tak dak duit," kata mak.... kami nak kata apa kan...

Jadi bermula hari itu, kami memang tak tengok TV..... sampailah ayah buka kedai ubat tradisional dan alatan ibadat di gerai Perda Simpang Empat.... mak beli TV kecik ni untuk ditonton di kedai sahaja...TV hitam putih...hanya boleh tengok TV 1 dan TV 2 sahaja...

Tak ada masalah..ada orang kata tak tengok TV tak akan pandai mengarang dan menulis....ha ha..dapat jugak A Bahasa Melayu SPM.... semua tu auta ja...

Kalau nak tengok cerita P Ramlie atau nak tengok bola....semua akan berkumpul di kedai..malah kami semangat nak jaga kedai bila nak tengok rancangan tertentu...sampailah saya masuk UM....baru mak beli TV...
dari tahun 1996 hingga 2002....

Muhammad Nuruddin Bashah




Yusuf disambut di KFC Batu Gajah....

on Thursday, November 8, 2012


Kami pi KFC dua hari lepas....nak makan Famous Bowl yang sedap tu.... Pekerja KFC minta nak dukung Yusuf...depa kata pipi dia tembam.... he he

Muhammad Nuruddin Bashah


(Video) Menarik Hari Ini..

on Wednesday, November 7, 2012


Jeng jeng jeng...
Di hari Yusuf genap 7 bulan (6 Nov 2012), sesuatu telah muncul!
Apakah dia?
 
Layannn video nih ;)
 
 
**Ibu Yusuf**
 


Dua-dua si pipi tembam...

on Monday, November 5, 2012


Kami sedang berlatih nasyid Pemuda untuk malam Gema Wahyu 24 Nov nanti....nasyid main dengan gitar dan keybod memang best...

Ni gambar Sofea anak Firdaus Timbalan Ketua Pemuda Gopeng dengan Yusuf...dua-dua pipi tembam..

Sofea baik..suruh apa pun mau...bila suruh pegang pipi yusuf dia pegang tapi Yusuf elak..nampak la gambar macam Sofea tempeleng Yusuf..hu hu hu...

Apa pun dua-dua pipi 2 kilo....

Muhammad Nuruddin Bashah



Hujan di Tesco


Kami sedang membeli sedikit peralatan untuk hiasan pentas Konvo PASTI Gopeng kali ke-9 2012....
Ini gambar tengah hujan di Tesco semalam 3 Nov 2012...

Jumpa belon ja...reben tak jual pulak...

Muhammad Yusuf sedang sejuk

Muhammad Nuruddin Bashah



Anak tompok kena infeksi mata....

on Sunday, November 4, 2012

6 ekor kucing saya kena infeksi pada mata....memang musim kucing kena infeksi ni....

Yang agak teruk yang paling kecik ni...anak Tompok....die kena pada mata kiri...infeksi mata sampai bersin...

Nak cari ubat dah suntuk masa (malam) loagi pun kedai haiwan sini tiada ubat macam tu..klinik haiwan jauh gila...

Jadi saya dan Wardah cuci 2 kali sehari dengan air suam dan air Bio Aura....

Pas tu saya buka mata die yang dah kering dengan taik mata..kelopak membengkak dan merah...saya bersihkan semua dan sapu minyak zaitun asli pada kelopak yang sakit dan sekitar luar mata untuk elak air mata membentuk taik mata semula...

Kesannya mata kucing ni tak tercantum balik....

Saya suntik 3-4 kali susu campur minyak zaitun....

Malam bagi makan makana separa pejal untuk anak kucing jenama whiskas...suap dia makan sikit...nak bagi lagi saya suntik air masak campur makanan kucing...buh 4 kali suntik juga....kenyang....

Dia masih menyusu tapi disebabkan mak die dok luar...kotor mata die senang kena infeksi lebih terus..saya letak dia di tandas belakang yang kering dan tak de orang guna....bersih..moga beliau sihat esok....


Ni gambar selepas dicuci mata dengan air suam, air bio aura dan minyak zaitun....

Muhammad Nuruddin Bashah

Raja Haji di Taman Burung P.Pinang (part 1)

on Saturday, November 3, 2012


26 Okt 2012 yang lalu petang Raya Haji kami pergi melihat burung, buaya, ular dan kura-kura di Taman Burung P.Pinang..Bayaran tiket adalah sebanyak RM 15 seorang..kebetulan jam 3.30 petang ada pertunjukan burung....terbang sini sana dengan jinaknya....
tiba-tiba teringat kartun Silverhawk masa kecik-kecil dulu.....
Muhammad Nuruddin Bashah







Lagu ibu kepada si anak....




Lagu di bawah adalah lagu bernilai yang Wardah dendangkan kepada Yusuf setiap hari tak kira selepas memandikan Yusuf, semasa memasak sambil Yusuf menunggu di atas kerusi roda die tu...sambil lipat baju dan selepas solat...
Pendek kata lagu ni dengan lagu 25 Rasul dan Lagu Nurul Iman (versi Muhammad Yusuf) menjadi ubat penenang kepada Yusuf selama membesar di bawah jagaan ibunya......
Saya buat suara monster sambil iring lagu tu..kadang-kadang buat bunyi drum...

Muhammad Nuruddin Bashah


Yusuf tunggu bapak ambil rawatan

on Friday, November 2, 2012


Yusuf sedang menunggu bapak dia yang masih lambat menunggu giliran di Klinik Panel...
Ni masa sakit tengkuk 2 minggu..pergi urut refleksi..tak jadi apa pun, ambik ubat kelinik terus baik....
Sambil menunggu saya menaip artikel konflik Somalia..Yusuf tunggu sambil bergelek2 sahaja...

Muhammad Nuruddin Bashah

Yusuf, Tok dan Tok Mama

on Thursday, November 1, 2012


 
Yusuf bersama Tok (P.Pinang) dan Tok Mama (Kedah)..
Yusuf cucu ke-6 keluarga sebelah P.Pinang, cucu sulung sebelah Kedah..
Tok Yusuf pesara guru, Tok Mama pula suri rumah sepenuh masa..
dua-dua orang Tok Yusuf pun suka bela kucing..
 
Yusuf kata dia suka balik kampung bila cuti..
setiap kali balik mesti jumpa Tok-Tok kesayangan..hehe
 
 
**Ibu Yusuf**

Yusuf jampi

Muhammad Yusuf ketika berusia 7 bulan (menghampiri 7 bulan..hehe) dah ada hobi baru iaitu jampi guna jari...
Mungkin dia baru tau jari die boleh bengkok..sambil dia bengkok dan tengok jari dia akan bunyi..puuu prrrpui ooooo huuuu..

Tok Mama dia kata dia pandai jampi kot....

Muhammad Nuruddin Bashah

Buka puasa di Sate Kajang

on Wednesday, October 31, 2012




Hari wuquf...kami berbuka puasa di restoran Sate Kajang Medan Gopeng...makan nasi ayam dan kanji arab..Muhammad Yusuf tak makan tapi dia makan buku Syed Qutb.
 
Muhammad Nuruddin Bashah


Imla' ilmu dari Pak Nyang

on Saturday, October 27, 2012


Pagi raya kedua Aidiladha bawa Pak Nyang (Dr Aziz Hanafi) makan sarapan..selalu bila balik ke Jitra, kami akan bawa beliau pergi sarapan di luar...kalau bukan kami, ada sahaja anak murid beliau akan buat temu janji nak bawa makan kat luar.

Sambil makan, apa lagi buka sesi mengaji....saya tanya macam-macam terutama perihal riwayat sanad hadis Ibnu Abbas kerana saya sedang mengkaji kitab Tafsir Ibnu Abbas jalur Al Fairuzzzabadi dan jalur sanad Ali Abi Talhah..alhamdulillah..kedua-dua kitab ini telah saya miliki.

Beliau juga imla' kan ilmu berkenaan peribadi Yazib bin Muawwiyah, siasah Ali yang disalahanggap, konspirasi Yahudi membina firqah taksub syiah yang mengakibatkan pembunuhan Ali, Hassan dan Hussin...keunggulan akhlak Hassan melepas wilayah khilafahnya kerana melihat kerendahan akhlak pengikutnya yang gila harta sedangkan beliau melihat kekuatan dan keutuhan pengikut Muawwiyah yang berjuang. Ternyata pihak yang berkonspirasi tidak suka Hassan berdamai dengan Muawwiyah maka diracunnya Hassan...

Banyak ilmu yang sempat saya ingat dan akan dijadikan kertas kerja....hanya menulis sahaja cara terbaik mendokumentasikan ilmu...
 
Semoga Allah panjangkan umur Pak Nyang...

Yusuf dengar kami bincang cuma dia tak faham...

Muhammad Nuruddin Bashah












Bulan puri/makanan separa pejal Yusuf!

on Monday, October 22, 2012


Alhamdulillah, Yusuf dah berusia 6 bulan (6hb lepas..hehe)! Masa untuk....
 
 
sukanya buat carta ni.. ('_')v
 
Antara carta makanan bayi yang menjadi rujukan ialah :
 

 
 
 


 
 
Ops, jangan lupa bincang dengan suami juga ye..supaya perancangan untuk anak selari. Jangan pula suami nak bagi A, kita nak bagi Z. Caca-merba pulak nanti..
 
**Ibu Yusuf**
 


Yusuf konvokesyen...

on Sunday, October 14, 2012




Muhammad Yusuf sedang beraksi dengan topi konvo Ibu dia...sebenarnya Wardah tak hadir majlis konvokesyen pun kerana beliau masih berpantang selepas melahirkan Yusuf. Tarikh konvo adalah 21 April...Yusuf lahir 6 April 2012...
Jadi Wardah hanya terima Ijazah Sarjana sahaja...jubah dan mortar tu beliau pinjam daripada sahabat semakmal dengannya iaitu Cik Hew Pui Yee...

Terima kasih ye Pui Yee...

Muhammad Nuruddin Bashah


Pui Yee sedang mendukung Muhammad Yusuf....beliau berkawan baik dengan Wardah sejak mereka belajar Sarjana Muda lagi....



Projek Kad Imbas (Flashcards) Yusuf

on Sunday, October 7, 2012

 
Lama tertangguh hajat nak buat 'flashcards' untuk Yusuf. Akhirnya semalam siap juga. Boleh kata hadiah buat Yusuf sempena umur dia 6 bulan. 'Handmade flashcards' senang saja nak buat.

 
Huruf Roman kerap sangat kita jumpa. Apa kata kita perkenalkan huruf Jawi/Arab dulu untuk anak-anak. Mulakan dengan huruf jawi berbaris atas (fathah) sebab sebutannya lebih 'mesra bayi'.


Dah siap, tampal di 'favourite spot' dan laluan anak setiap hari. Setiap kali lalu di depan kad, ajak anak tegur kad-kad ni. Baru saya teringat, boleh juga tampal di belakang tempat duduk hadapan dalam kereta (kalau 'baby car seat' berada di belakang). Untuk huruf yang sukar disebut seperti 'sod, dhod, tho, zho', boleh buat kad berasingan dan tunjuk pada anak semasa keluar berjalan dan sebagainya.

 

Kredit untuk http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html
dan FB Islamicparentingnetwork.


**Ibu Yusuf**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved