Ajar faham bukan ajar hafal...terutama dalam hal agama...

on Thursday, August 23, 2012


Suatu hari nanti akan saya ajar Yusuf manhaj ini dalam pengamalan Fiqh dan penghayatan hadis....

Inilah pandangan yang sederhana dan dekat dengan semangat syariah yang mementingkan kefahaman hukum berbanding hafalan semata-mata.

Terima kasih Afif Sukri atas tulisan anda yang bernas.


Bottom of Form
Ahad, 13 Disember 2009 Published by Afif Sukri
Oleh : Abdul Latif Rahbar

Ilmuan-ilmuan Islam yang terkenal seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan lain-lain imam muhaddithin yang mana mereka sudahpun menghafal ratusan ribu hadis masih tetap mengamalkan agama berdasarkan mazhab imam-imam mujtahid walaupun pada pandangan mata umum apalah perlunya mereka bertaqlid sedangkan mereka mempunyai ilmu agama yang jauh lebih daripada cukup?

Di sinilah bezanya antara fuqaha (ahli-ahli fiqh) dan muhaddithin (ahli-ahli hadith). Apabila seseorang itu mengetahui beribu hadis sekalipun, tetapi dia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk membahaskannya, maka dia tidak layak untuk mengeluarkan sesuatu pendapat.

Mereka-mereka yang mempelajari Sunan Tirmizi pasti mengetahui bahawa apabila membincangkan masalah fiqh, Imam Tirmizi tidak pernah mengambil pendapat guru beliau Imam Bukhari, tetapi beliau menyebut nama-nama seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad atau ulama Kufah iaitu Imam Abu Hanifah.
Imam Tirmizi hanya akan mengambil nama Imam Bukhari apabila beliau membahaskan kesahihan atau status sesuatu hadis, kerana beliau mengetahui bahawa walaupun Imam Bukhari adalah pakar dalam bidang hadis, tetapi kepakaran Imam Bukhari dalam ilmu fiqh belum dapat menandingi kepakaran yang ada pada imam-imam mujtahid.

Dapat kita fahami di sini, bahawa setinggi manapun ilmu hadith seseorang itu, belum tentu dia layak mengeluarkan fatwa sekiranya dia tidak mempunyai ilmu fiqh yang cukup. Sekiranya datang dua nas bertentangan antara satu sama lain, yang mana kedua-duanya adalah sahih dan sama kuat, yang mana satukah akan kita ambil? Ini hanya dapat dilakukan seandainya kita mampu memahami selok-belok ilmu fiqah, bukan dengan hanya bersandarkan kepada kesahihan semata-mata.

Sebagai contoh ingin penulis menceritakan di sini perbahasan antara dua imam mujtahid Abu Hanifah dan Awza’I mengenai masalah mengangkat kedua belah tangan selepas bangun dari rukuk. Imam Awza’i mengatakan: “Saya meriwayatkan dari Salim, dari Nafi’ dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangan dalam solat Baginda s.a.w.”

Lalu Imam Abu Hanifah menjawab: “Saya meriwayatkan dari Hammad, dari Ibrahim An-Nakh’i dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengangkat tangan Baginda s.a.w.”

Imam Awza’i membalas: “Saya membawa sanad (rangkaian periwayat) yang lebih sedikit dan tuan ingin berhujah dengan sanad yang lebih perantaraannya?” (Mengikut pendapat ulama hadis, hadis yang lebih kurang perantaraannya antara perawi dengan Baginda s.a.w adalah lebih kuat dari hadis yang mempunyai lebih perawi, seperti yang tertera di atas bahawa antara Imam Awza’i dan Rasulullah s.a.w hanya tiga perawi dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang mempunyai empat perawi).

Jawab Imam Abu Hanifah: “Hammad lebih faqih daripada Salim, Ibrahim An-Nakh’i lebih faqih daripada Nafi’ dan ‘Alqamah lebih faqih daripada Ibnu Umar walaupun beliau adalah seorang sahabat Nabi s.a.w. Dan Ibnu Mas’ud adalah Ibnu Mas’ud (siapakah yang dapat menafikan kefaqihan Ibnu Mas’ud?).”

Di sini Imam Abu Hanifah mengambil kira faktor kefaqihan perawi dalam mengeluarkan fatwa dan bukan bersandarkan kepada kekuatan dan nilai sesebuah hadis semata-mata. Pun begitu perlu diingatkan bahawa menurut pendapat Imam Syafie mengangkat tangan selepas rukuk adalah sunnah kerana ia adalah amalan penduduk Tanah Haram dan Syam, yang mana terdapat sekurang-kurangnya 35,000 sahabat dikebumikan di Syam.

Dalam sebuah hadith riwayat Sunan, Nabi s.a.w. bersabda: "Semoga Allah ta’ala menyegarkan fikiran orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menyampaikannya sepertimana yang dia dengar. Betapa ramai orang yang disampaikan itu lebih memahami dari si pendengar asal itu sendiri."

Di sini Nabi s.a.w. sendiri mengkategorikan antara mereka yang menghafal hadis dan mereka yang memahami hadis. Kerana itulah Imam A’mash salah seorang perawi Bukhari telah berkata kepada anak murid beliau Imam Abu Hanifah: “Kamu wahai golongan fuqaha’ adalah doktor dan kami (golongan muhaddithin) hanyalah penjual ubat.”

Dalam I’lam al-Muwaqqi’in Imam Ibnul-Qayyim meriwayatkan bahawa satu ketika Muhammad bin Ubaidullah bin Munadi telah mendengar seorang lelaki bertanya kepada guru beliau Imam Ahmad bin Hanbal: “Apabila seseorang itu menghafal 100,000 hadith, adakah dia dikira sebagai seorang yang faqih?” Imam Ahmad menjawab: “Tidak.”

Dia ditanya lagi: “Sekiranya 200,000 hadith?” Balas beliau: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi: “Sekiranya 300,000?” dan sekali lagi Imam Ahmad menjawab tidak.

Kemudian orang itu bertanya: "Bagaimana sekiranya dia menghafal 400,000 hadith?” Lalu Imam Ahmad mengisyaratkan dengan tangan beliau, “Lebih kurang begitulah.”

Riwayat di atas memberi gambaran jelas kepada semua, dengan hanya mempelajari beberapa ribu hadis belum tentu kita mampu untuk melayakkan diri kita dalam mengeluarkan pendapat sewenang-wenangnya. Apatah lagi bila hanya tahu beberapa kerat hadis?

Mengapakah kita perlu bermazhab?

Inilah soalan yang sering diajukan oleh ghair muqallidin (golongan tidak bermazhab). Jawapannya amat ringkas: Apabila kita tidak mempunyai ilmu yang cukup maka wajib untuk kita mendengar mereka yang paling arif, dan sekiranya kita mempunyai ilmu yang cukup maka haram untuk kita mengikut mana-mana mazhab.

Ini bersesuaian dengan mafhum firman Allah ta’ala dalam surah al-Mulk apabila Allah ta’ala menceritakan perihal penduduk neraka: "Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengar (patuh) atau kami memahami (akan agama) maka sudah tentulah kami tidak akan menjadi penduduk Sa’ir (Neraka)'".

Walaupun ayat di atas adalah berkenaan dengan iman, tetapi memandangkan konteks ayat adalah luas maka ulama berhujah tentang betapa pentingnya patuh kepada yang mahir. Dan sekiranya kita tidak mahu patuh maka kita sendiri mestilah menjadi dari golongan yang berakal dan memahami sedalam-dalamnya.
Sekiranya kita tidak berhati-hati, maka dikhuatiri kita akan terjebak lalu tergelungsur jatuh dan jauh menyimpang dari kehendak syariah walaupun pada asalnya niat yang sebenar adalah untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi bersesuaian dengan yang di bawa oleh Baginda s.a.w.

Amalan ulama yang jauh lebih mahir berbanding kita sendiri adalah hujah yang kuat betapa kita tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang mengeluarkan pendapat sendiri. Nama-nama seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Tahawi, Ibnu Hajar, Ibnu Rushd, Sayuti, Ibnu Kathir adalah antara mereka yang bertaqlid dengan imam-imam mujtahid yang datang sebelum mereka.

Golongan yang tidak mengikut mazhab pada hari ini banyak menggunakan pendapat Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam membahaskan pendapat mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa keduanya adalah antara ulama ulung dalam mazhab Hanbali? Dan mengapa tidak sahaja mereka digelar Taimi sekiranya mereka merasakan bahawa pendapat Ibnu Taimiyyah sahaja yang berasaskan al-Quran dan Sunnah?
Adakah imam-imam mujtahid terdahulu tidak memahami sunnah sedangkan zaman mereka jauh lebih dekat dengan zaman Baginda s.a.w. dan para sahabat kalau nak dibandingkan dengan Ibnu Taimiyyah yang datang enam hingga tujuh abad selepas imam-imam mujtahid?

Hakikatnya apabila kita berpegang kepada pendapat imam mujtahid, kita sudahpun berpegang kepada dalil dan tali yang kukuh. Imam Dzahabi seorang ahli sejarah yang terkenal dan alim mengenai ilmu-ilmu perawi hadis dalam kitab-kitab beliau tidak pernah berbahas mengenai imam-imam mujtahid. Ini kerana penerimaan umum dan kehebatan imam-imam mujtahid mencapai darjah mutawatir, iaitu mustahil untuk orang ramai bersepakat untuk berbohong dalam menyatakan keunggulan imam-imam tersebut.

Ghair muqallidin hari inipun lebih banyak berpandukan pendapat ulama yang tidak mengikut mazhab seperti mereka antaranya Syeikh Nasirudin al-Albani. Persoalannya sekarang apabila mereka mengikut al-Albani maka mereka sahajalah Ahlusunnah wal-jama’ah. Dan apabila kita terikat dengan pendapat-pendapat Syafie maka kita tidak digelar sebagai Ahlussunnah. Di manakah keadilan?

Jadi, apabila kita sedia maklum bahawa ilmu yang ada pada kita hari ini belum tentu cukup untuk kita berbahas segala dalil dalam sesuatu masalah agama, apakah hak kita untuk berijtihad apatah lagi memberi keizinan umum kepada orang-orang awam untuk berijtihad sendiri? Sedangkan tahap pemahaman dalam kalangan ulama ada bezanya, apakah perlu kita menyusahkan orang ramai untuk berfatwa?

Ustaz Don berfamili dengan orang Balik Pulau?


Perkahwinan Ustaz sempoi yang menjadi idaman ramai wanita dan ikutan kepada ramai jejaka ini akan dilangsungkan pada 25 ogos di Pulau Pinang, manakala pada 1 september di Kajang, Selangor. ...

Dengar kata isterinya orang Sungai Pinang, Balik Pulau....

Macam tu dekat ja dengan kampung halaman saya...

Muhammad Nuruddin Bashah

Rakyat mahu negara aman..jangan manipulasi statistik jenayah


Rakyat malaysia mahukan negara dan negeri yang aman. Ini adalah nikmat terbesar berbanding bantuan RM500, baucer buku, klinik atau kemudahan hiburan....


Muhammad Nuruddin Bashah


KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah

Harakahdaily,23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, Pemandu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," kata mereka.

Mengikut surat 'Sumun Osram', jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi jenayah indeks sahaja iaitu jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan.

Jenayah bukan Indeks pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap.

"Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran," tegas mereka.

Yusuf ke Mydin lepas balik raya Kedah


Dengan selimut lembu dan kereta sorong dia...dia mai ke Mydin dengan gayanya...
Pastilah dengan diiringi ibu dan ayahnya juga.. he he....

Kami beli makanan kucing dan susu UHT untuk kucing-kucing di rumah makan kenyang2 sesampai di rumah nanti ..dah 4 hari bercuti, ntah apa depa makan...

Muhammad Nuruddin Bashah

Gulai ikan di pagi raya..mana dapat beb!


Ini mama Wardah merangkap mak mertua saya yang sedang mendukung Yusuf, cucu sulung yang amat ditaksub oleh beliau...

Pagi raya pertama yang lalu, dia buat gulai ikan temenung kecik kesukaan saya..tiap kali balik Jitra mesti dia buat gulai ikan...tak pun, ayam masak sambal kering yang lazat...

Bayangkan pagi raya pun dia buat jugak...saya terkejut ... disebabkan saya bersarapan nasi, saya terus makan 3 ekor ikan gulai pagi itu...Terima kasih mama yang memahami menantumu ini....

Gulai mama sedap....

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Yusuf dan pampers 1 Malaysia


Semalam, sampai sahaja di Ipoh dari Jitra, saya terus bawa Wardah dan Yusuf ke Mydin di Taman Meru, Ipoh.

Saja nak cuba beli pampers jenama 1 Malaysia. 10 keping baru RM 3.50..kalau Pet-pet 4 keping RM 5.10.

Bila balik saya terus periksa tengok...

Pertama dia tak ada getah/anjal pada keliling pinggang (tak sesuai pakai lama)..

Kedua, alas serapan pada tengahnya tak tebal untuk takung air kencing...rata ja dari belakang hingga depan....maknanya tidak sesuai pakai lama juga...

Ketiga, plastik luarnya berbunyi kuat bila Yusuf banyak bergerak..

Apa pun Yusuf hanya pakai disposable diapers (DD) bila dalam perjalanan jauh untuk mudahkan ibu dia. Dia selalu kami pakaikan cloth diapers (CD) iaitu diapers kain yang boleh basuh, keringkan dan pakai semula...sehelai RM 18-30 sahaja...

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Yatt Hamzah..hijrah anda dialu-alukan


Baru-baru ini ada tengok dalam TV pengakuan hijrahnya Yatt Hamzah ke arah dunia menutup aurat..inilah dunia yang terbaik Yatt..
tahniah diucapkan..

Sekarang puluhan artis mulai sedar bahawa Allah juga memerhatikan mereka di dunia artis...

Dalam posting akan datang saya akan masukkan semua gambar2 artis yang telah berhijrah ke arah kebaikan...

Muhammad Nuruddin Bashah

4 bulan dah 7 kg...susu ibu punya penangan


4-months old Muhammad Yusuf..

4 hari sebelum harijadinya baru 6.9 kg, 6 Ogos ni dah 7 kg agaknya..

Yusuf berat hingga orang ingat dah lapan bulan....

Semua sebab minum susu ibu..
 
Alhamdulillah..Allah murahkan rezeki Yusuf dengan susu asli..

Rohingya tu bukan banggali....


Orang Rohingya ni semua asalnya etnik Rakhine...budaya Melayu-Parsi-Indo Islam...depa bukan 100% Banggali seperti yang kerajaan Myanmar tuduh..

Myanmar ubah Akta Kerakyatan 1982 buang etnik Rohingya dari kamus kewarganegaraan Burma....ya Rohingya telah hilang hak wujud di muka bumi akibat akta celaka itu....

Yusuf, nanti besar jangan jadi bodoh macam orang di luar sana..tak tau sejarah, tak mau mengaji sejarah...telan bulat-bulat apa penjajah dan Barat cakap....

Muhammad Nuruddin Bashah

Polis kawal rumah sepanjang beraya


Baru balik dari Jitra..selepas beraya sakan...rumah tinggal 4 hari...

Sebelum balik saya memang dah daftarkan alamat rumah ke Balai Polis Pusing untuk rondaan polis...

Dalam hal ini saya tabik PDRM..sebab rumah di Kamunting dulu pun memang polis kawal dan ronda sepanjang kami bercuti (jiran maklumkan)...

Jika anda ingin bercuti berjumpalah polis di balai cakap elok2 dan tinggalkan nama, alamat, no tel dan senarai barang berharga dalam rumah...

Kebetulan semasa kami sampai di rumah tadi, polis sedang ronda dengan kereta kancil...sambil beramah mesra saya ucapkan terima kasih kerana mereka ingat untuk ronda di kawasan rumah saya....

Muhammad Nuruddin Bashah

Yusuf dan aku beraya


Bapak dan anak mana lagi comel?.....
Ni gambar pagi raya di Jitra....
Yusuf kata bapak, lepas kan aku..aku nak jalan kutip cukai raya....

Duit raya asalnya sedekah.. la dah jadi cukai....

Muhammad Nuruddin Bashah

Serban dan Hari raya


Dah lama saya tak pakai serban sejak meninggalkan alam kampus....Alhamdulillah, tahun ini raya pakai serban...Yusuf pulak dapat baju raya budak kecik paling kecik...he he

Wardah pakai jubah ja..... Janji cuba naikkan sunnah dalam berhari raya..Taqabbalallah minni wa minkum.....

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved