TV pusaka keluarga kami

on Tuesday, November 13, 2012


Suatu ketika dahulu saya dan adik beradik dibesarkan dalam keadaan kami tidak memiliki televisyen mahupun radio.

Masa saya tingkatan 1, TV rumah meletup semasa kilat. Sejak tu mak tak beli dah TV...."aku tak dak duit," kata mak.... kami nak kata apa kan...

Jadi bermula hari itu, kami memang tak tengok TV..... sampailah ayah buka kedai ubat tradisional dan alatan ibadat di gerai Perda Simpang Empat.... mak beli TV kecik ni untuk ditonton di kedai sahaja...TV hitam putih...hanya boleh tengok TV 1 dan TV 2 sahaja...

Tak ada masalah..ada orang kata tak tengok TV tak akan pandai mengarang dan menulis....ha ha..dapat jugak A Bahasa Melayu SPM.... semua tu auta ja...

Kalau nak tengok cerita P Ramlie atau nak tengok bola....semua akan berkumpul di kedai..malah kami semangat nak jaga kedai bila nak tengok rancangan tertentu...sampailah saya masuk UM....baru mak beli TV...
dari tahun 1996 hingga 2002....

Muhammad Nuruddin Bashah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved