Home > Archives for 2013
Yusuf pertama kali kena air laut....
Posted by Muallij on Thursday, December 26, 2013 at 2:09 AM
Hari ini 25 Disember 2013 saya bawa Wardah, Yusuf dan adik Yusuf dalam perut ke Pantai Merdeka.....lambat sampai dalam jam 11 pagi tetapi best...
Makan nasi campur (pagi sahaja ada), wardah makan nasi ayam suap Yusuf....
Yusuf ni tak sihat sebab kena sakit apa ntah di kaki..ada gelembung air tetapi dah pecah....dok makan ubat...
Yusuf teruja sebab pertama kali datang ke pantai...kami beli tikar (murah RM 10 dulu RM 30) serta alatan bermain pasir (alatan ni beli di Bertam)...
Yusuf suka bot dan dok tunjuk ja...lagi satu rupanya dia nampak kubah masjid seberang sana...dia sebut jid jid jid...Yusuf cukup suka kubah masjid....
Yusuf sedang musnahkan istana pasir yang ibu dia buat...
sesi memperkenal air laut kepada Yusuf.... bagi lega gatal kaki dan ruam di tengkuk dia....
Basuh kepala dan tengkuk....
Berlemuiiih
Yusuf paling tak boleh tengok orang tidur dia suka join....
Bapa Yusuf
"Mak Su tolong tolak basikal Yusuf sat"....
Posted by Muallij on Sunday, November 10, 2013 at 8:59 PM
Tadi bawa Adik mai umah..mak pesan bagi Rendang ayam kat dia yang sedang mengaji Medic di AUCMS Bertam...
Dia suka main dengan Yusuf....
Tadi masa dia solat maghrib Yusuf terkekeh gelak sebab dia tau Mak Su dia suka agah dia....dia kenal...
Nuruddin
Majlis Pertunangan di Anak Kurau
Posted by Muallij on Thursday, November 7, 2013 at 9:24 PM
Hari Selasa lalu 6 Nov 2013 kami berkunjung ke Kg Ank Kurau sempena pertunangan anak keluarga angkat kami di sana.
Alat muzik pun gntung kat luar ja....
Depa dapat bantuan ubahsuai rumah buh bata baru tapi fesyen sama iaitu ruang santai ruang tamu tiada pintu dan hanya dinding separuh.
Pak Ndak...
Manan dah ada kerea MyVi dia beli..sekarang kerja di Putrajaya....
Siti Fairuz..
Selepas itu kami ke Hospital Taiping menziarahi Pak Su Usup (anggota Ghazal Al Hidayah) yang berada di ICU akibat kemalangan yang menimpa....Moga Alalh permudahkan keluarga beliau.
Nuruddin...
Latihan Nasyid permulaan di Markaz Rapat Jaya Tambahan... budak-budak yang amat berbakat walaupun sekali audition
Posted by Muallij at 9:27 AM
Saya dijemput untuk memberi 'tusyen' nasyid kepada sekitar 8 orang anak muda yang berminat mendalami ilmu persembahan nasyid...
Saya seperti biasa mengajar basic / asas kepada sesuai seni persembahan, tempo, pitching, rentak/rythm, rolling dan bagaimana cara berhenti persembahan...
Alhamdulillah amat berbakat....
Haji Wahed timbalan ketua Cawangan amat teruja dan bersemangat untukmenjadikan group ini tersohor di serata Sungai Rapat dan Ipoh umumnya....saya jawab ianya tidak mustahil....
Saya bekalkan beberapa MP3 rentak masri kepada mereka untuk mereka hafaz lirik dan rentaknya...
Saya tinggalkan juga beberapa alat muzik saya untuk mereka latih selama 2 minggu....antara lagu wajib mereka adalah Amalulillah berentak marching....Insya Allah akan disambung pelajaran dalam pertengahan September...
Moga ada manfaat latihan sebegini....
Jika mana-mana pihak mahukan khidmat tutor nasyid/vokal atau muzik jangan malu hubungi saya NURUDDIN di talian 017 6291368 atau 012 5296690
Beraya di Rumah Ngah...2013
Posted by Muallij on Monday, August 19, 2013 at 1:53 AM
Tiap kali raya saya akan beraya di rumah Ngah juga..istilah Ngah adalah mewakili suami dan isteri (pak ngah dan mak ngah) abg ayah saya.... Pak Ngah dah meninggal....Mak Ngah tinggal dengan anak-anak perempuan beliau....
Yusuf dok tengok Tok Ngah dia.....
Nuruddin
Beraya di Rumah Ngah...2013
Posted by Muallij at 1:53 AM
Tiap kali raya saya akan beraya di rumah Ngah juga..istilah Ngah adalah mewakili suami dan isteri (pak ngah dan mak ngah) abg ayah saya.... Pak Ngah dah meninggal....Mak Ngah tinggal dengan anak-anak perempuan beliau....
Yusuf dok tengok Tok Ngah dia.....
Nuruddin
Kak Na dan anak-anak menakan saya
Posted by Muallij on Sunday, August 18, 2013 at 12:57 PM
Kak Na bersama Ilham dan Alif anaknya bergambar dengan Jannha dan anak saya Muhammad Yusuf....
Nuruddin
Yusuf beraya dengan baju jahitan Kak Fiza
Posted by Muallij at 6:12 PM
Yusuf bertuah baju raya pertama dia dijahit oleh Kak Fiza isteri Yb Radzi Zainon (ADUN Sungai Rapat).. syukran ustaz sekeluarga
Nuruddin
Album Raya 2013
Posted by Muallij at 6:04 PM
Kak Na isteri Abg badrul kak Ipar kami dan Wardah sedang berbahas
Mak Lang, Mak Jang dan Lina anak sulung mak jang
Maisyurah dan Adib..sepupu kami
Abg Badrul bersama tenteranya
Abg Shahril dengan Jannah dan Yusuf tengah berdiskusi...
Sahabat Saya
Peringatan
Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.
Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.
Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.
Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...
Terima Kasih,
///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///