Latihan Nasyid Al Hidayah Seri Iskandar (perlu khidmat jurulatih?)

on Tuesday, February 26, 2013


Alhamdulillah...

24 Februari 2013 Ahad lalu selesai sesi pertama latihan asas nasyid di Sekolah Rendah islam Al Hidayah (Rangkaian MUSLEH) Seri Iskandar.

Teringat sewaktu saya mengajar di Sek rendah Al islah/Itqan dahulu. Mengajar nasyid hingga mereka mampu 'perform' dengan baik. Di Al Islah ada Hatim pelajar darjah 6 tahun 2008 yang mahi bermain drum. Pentadbiran sekolah juga tiada halangan untuk saya menggunakan gitar menggubah lagu nasyid dan lagu rasmi sekolah al Itqan ketika itu.

Kini saya mengajar nasyid di bawah kelolaan Kolej Komuniti Pasir salak.

Jika ada pihak berminat mendapatkan khidmat latihan intensif, sila hubungi 017 6291368 atau 012 5296690.

Jika melalui Kolej Komuniti kos yang perlu dikeluar oleh pihak sekolah minima.

Saya juga menerima jemputan untuk sesi latihan berkala (ikut jam).

Muhammad Nuruddin Bin Bashah




























Yusuf dan kami sekeluarga ke Cameron Highland

on Monday, February 25, 2013


Hari Sabtu 23 Feb 2013 kami sekeluarga bersama Wahidah (Che Ah) adik ipar ke Cameron Highland.

Tujuan untuk membaca, ambil angin sejuk dan bawa Che Ah dan Yusuf sendiri pun tak pernah pergi sejak lahir.

Cameron bukan jauh sgt dari rumah kami....









Makan kat kedai kegemaran kami, makcik ni di Tringkap....




Sayur campur sejuk macam ais...he he


Yusuf dalam masjid baru di Kg Raja








Yusuf masa kami makan Tom yam lepas turun dari Cameron...lepas ceramah Ustaz Azhar Idrus di Gopeng













Biskut Roti dengan Jem Kismis

on Wednesday, February 20, 2013

 Pertama kali saya buat resepi ini (kredit kepada Group Fb HSFFYB), saya menggunakan kurma. Masa tu Yusuf dah masuk 10 bulan. Kali ni, kurma tak ada, kismis pun boleh. Saya guna roti Gardenia putih atau Bran&WheatGerm Light Fibremeal (plastik oren-coklat). 

Cara buat jem:
*Rendam kurma/kismis dalam air panas (agak-agak tenggelam jer). Tujuannya nak bagi kurma/kismis tu kembang dan lembut sebelum di'blend'.
*Agak-agak dah lembut tu, buang kulit dan biji kurma. Kismis tak perlu. Masuk dalam blender (saya suka pakai blender kering unt proses semua makanan Yusuf), tambah air sikit saja, 'blend' sampai hancur.
*Jem dah siap! Lebihan jem boleh simpan dalam peti sejuk, guna esok-esok pula.

 Cara buat biskut roti:
Potong roti ikut suka. Saya potong panjang sebab senang Yusuf nak pegang. Nak pakai acuan bentuk-bentuk pun boleh..comel jer nampak kan..
Sapu jem pun ikut suka. Nak atas saja, atau bawah saja..atau atas bawah..

Bakar. Paling baik bakar dalam oven/microwave. Memang keras rangup. Kalau takda oven/microwave macam saya, bakar atas 'pan'/ kuali goreng ikan pun boleh. Tapi kena tengok selalu, takut hangit dan roti pun tak serangup yang bakar dalam oven/microwave..Tak apa, Yusuf pun tak penah tanya bakar pakai apa..haha. Dia tau ngap jer..

Simpan dalam bekas kedap udara, boleh bawa sebagai bekal masa jalan-jalan. Harini Yusuf bawa ke Taska sebab dia tak berapa lalu makan bubur akhir-akhir ni. Saya rasa dia nak belajar makan sendiri. Jadi, untuk permulaan, resepi ni yang terbaik..
Yusuf memang ghalit kalau dapat biskut roti ni..tengok video kat bawah..



**Ibu Yusuf**

Sekolah baru Yusuf

on Wednesday, February 6, 2013


1 Februari 2013 yang lalu, Muhammad Yusuf telah selamat mmasuki alam sekolahnya. Yusuf telah menjadi anggota TASKA AMAL PINTAR di Sg Ara.

Kesian....tak sampai hati tinggal dia..tapi bila ada kawan..dia 'ngalit'..kami keluar pelan2...

Ibu Yusuf sediakan bubur nasi dan serbuk ikan bilis siap2 kepada pengasuh.... Susu ibu juga dibekalkan.

Tetapi Yusuf rela makan bubur sahaja daripada minum susu dalam botol....dia tunggu ibu dia juga...

Bila kami nak ambil dia (setengah hari sahaja)...dia terdengar suara kami dari luar...terus menangis kuat..bunyi... ma ma maaammmma... dan Abu.... Abbuuuu

Dia menangis sungguh2...dan depa tagan minta saya dukung..masa ni umur dia 9 bulan....
Saya sedih sangat sebab dia tak pernah minta dukung macam tu...bila dukung dia peluk erat dan berhenti nangis....saya tanduk bola kapada dia...
Yusuf akan gelak mengekek bila orang tanduk bola kat dia.....

Yusuf adalah kesayangan kami....

Muhammad Nuruddin Bashah




Labmates ibu dan Yusuf


Hazrati dengan baby barunya-comel dan cerah sangat!Adam Muqri. Saya dukung Ziyaad-anak Kak Chetty..student Prof Bahar semua dapat anak sulung lelaki kecuali Fizi.. 
Yusuf pi sekolah masa Haz singgah USM.
 

Yusuf dengan Kak Jaja (rasa2 dah patut panggil mak cik kot..haha). Bakal naik pangkat jadi isteri orang bulan 6 nanti. Masa ni bawa Yusuf yang baru balik dari sekolah keluar makan dengan labmates..seronok =]

Yusuf pun suka sekali-sekala ambik angin kat tempat baru..jumpa Ziyaad..gambar ada kat K.Chetty..


**Ibu Yusuf**

Yusuf kaya....dengan ndoi



Yusuf lena sat dalam buai baru yang Tok beli di Giant Bayan Baru..Yusuf kaya dengan ndoi..Ipoh, Jitra, Balik Pulau semua ada..Yusuf kata nanti kalau dia dah besar, boleh bagi kat sepupu2 dia yang lain pula naik..


**Ibu Yusuf**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved