Gulai ikan rempah giling pukul 3 pagi!

on Sunday, March 3, 2013


Hari Sabtu 2  Mac 2013 Wardah, Jannah (adik) dan Yusuf (anak sulung) balik ke Ipoh dengan VIVA (Bibah)....terus saya beli siap-siap rempah kari giling Nurin kari ikan dan rempah sup....fuhhh bau memang macam biasa power...

Tengahari bawa keluarga ke Cameron Highland memandangkan Jannah sendiri tak pernah ke sana sejak hidup di muka bumi.... dia demam lagi sekali dalam kereta (minggu lepas dah demam)..

Infeksi pada kaki menyebabkan ada kuman dalam darah..laporan sel darah putih agak meningkat kerana melawan penyakit sebab tu dia panas...

Pukul 11.30 malam bawa dia ke Hospital Ipoh..Jannah pun mengaku servis Hospital Ipoh 'A' saya dari dulu suka hospital ni sebab tu usaha bagi Wardah bersalin sini...

Pukul 3 pagi sampai rumah...Wardah sambut dengan masakan gulai ikan rempah giling Nurin..fuhhh hilang mengantuk....memang sedap......!!

Kepada syarikat Nurin terus kan perniagaan dan keusahawanan kalian..sebab kalau kalian tak meniaga..gulai rempah giling hanya jadi memori dalam hidup saya semasa sekolah sahaja.....


Muhammad Nuruddin Bashah









Antibiotik untuk Jannah


Fuuh sebeban antibiotik Dr Saidatul Akmar (Hospital Ipoh) preskripkan untuk Jannah yang panas badannya mencecah 39 C walaupun 2 panadol activ fast ditelan.

Sebelum ini dah makan paracetamol klinik swasta 500mg punya sepapan pun tak baik...

Kuman pada nanah kaki telah menjangkitit seluruh kitaran darah. Nasib baik Hospital Ipoh..kalau Batu Gajah minggu depan la nak tau infeksi dalam darah dia.... makmal pun proses dalam 10 minit sahaja termasuk pemeriksaan urine untuk check gula (sebab esok plan nak bekam)

klau darah dan infeksi makan pain killer macam mana pun tak jadi....tepat 2.30 pagi Jannah berjaya membawa pulang ubat2 ini dan diwajibkan untuk dihabiskan kerana abgnya tak tidur ni tunggu ambil darah dia he he he...

Muhammad Nuruddin Bashah

p/s : tadi bawa Jannah ke Cameron Highland...kesian dia demam tiba-tiba masa dalam kereta..pagi dah ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved