Panglima Bendang Padi

on Saturday, August 25, 2012


Dulu-dulu paling suka drama bersiri Panglima Kundur lakonan Eman Manan dan Tiara Jaquelina....ada juga Cikgu Khairi (Silat Gayong Malaysia) berlakon sebagai Kua (ketua lanun) dan beberapa lagi pelakon silat hebat macam Latif Borgiba...

Lepas itu drama silat terbaik adalah Semutal Hitam dan Keris Hitam Bersepuh Emas....juga lakonan Eman Manan...



La ni..Yusuf pulak jadi Panglima Bendang Padi.....

Muhammad Nuruddin  Bashah






Raya pun kena pantau Bahasa Kebangsaan

Semasa saya pulang beraya, mata rasa pedih dan gatal apabila melihat nama Kolej Tentera Udara di Kepala Batas, Kedah telah diberi nama Air Force College dan nama tersebut tertera di hadapan kapal terbang pesawat replika di kawasan kolej berkenaan.

Ya, nama Melayunya telah diubah nama ke bahasa Inggeris.

Sudahlah papan tanda kedai-kedai dan premis perniagaan sudah banyak yang meletak unsur Barat-Latin apabila kerap menggunakan nama 'De', 'Les' dan sebagainya. Adakah kita bangga dijajah Portugis dan Inggeris?

Susah nak wacana isu ini kerana isu ini tidak mendapat sokongan IKHLAS daripada pemerintah/kerajaan. Malah DBP hanya menjadi penghebah kempen bahasa kebangsaan sahaja tanpa ada sedikit pun kuasa atau dijadikan pakar rujuk.

Saya akan terus menulis isu-isu sebegini walaupun sedar ia sukar mengubah masyarakat kita yang telah dimamah westomania yang cukup membimbangkan.

Akaun BSN untuk Yusuf..tahniah BSN kekalkan nama Melayu pada Bank


Hari Khamis lepas (23 Ogos 2012), saya dan isteri telah membuka akaun simpanan BSN kanak-kank untuk Muhammad Yusuf. Ya, duit raya dia kan berlambak? Perlulah dibuat satu akaun untuk dia.

Ingatkan dapat tabung percuma....he he he..Orang BSN kata kena beli, kecuali dah berumur 7 tahun boleh sertai Kelab Penabung Muda, boleh dapat banyak hadiah dan program motivasi/perkhemahan untuk kanak-kanak.

Saya buka akaun di BSN sebab dari kecil dulu, BSN yang rajin turun ke sekolah rendah saya (Sek Keb Genting) untuk mempromosi akaun kanak-kanak dengan hanya permulaan seringgit sahaja!

BSN juga bank yang masih kekalkan buku akaun, bank lain semua dah guna kad 100%. Namanya juga kekal nama bahasa kebangsaan-Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, dulu-dulu di sekolah, yang selalu datang adalah Bank Pertanian. Terkenal dengan tabung Kelapa Mudanya..skim Patriot Muda ..Kini Bank Pertanian diubah nama ke Agro Bank...bukankah hilang nama Melayunya? Hilang aspirasi kebangsaan? 
 
Tak kisah, sebab negara ini semakin mengalami pengaratan budaya dan bahasa kebangsaan tapi berdegar-degar laung keutamaan Melayu dan budaya kebangsaan....ini realiti yang Yusuf kena belajar...

Muhammad Nuruddin Bashah




Lagu Kegemaran Kami

 
Istimewa buat anak pertama kami..

Doa Tambah Susu Ibu


Kawan saya di STF dulu, Zuraifah Anuar, berkongsi doa ini di facebook beliau.

Amalan lain yang boleh dilakukan (berdasarkan pengalaman) :
1. Minum susu. Saya minum Anmum Lacta segelas setiap hari.
2. Berzikir ketika menyusukan bayi.
3. Minum minyak zaitun satu camca besar setiap pagi sebelum makan. Pastikan minyak zaitun yang asli. Minyak yang diproses untuk minum tidak sama dengan yang digunakan untuk memasak. (Saya turut menjual minyak zaitun asli ini).
4. Amal pemakanan yang seimbang dan elakkan makanan yang tidak berkhasiat.


**Ibu Yusuf**

T.H.E.S.I.S & Double Joy!


Haha..betul ke?

Jumpa saja perkataan 'thesis' ni, saya teringat semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang pengajian di USM dahulu.

Perkara yang saya tak akan lupa-tanggal 13 Oktober 2011 (Khamis) adalah sesi pembentangan tesis Ijazah Sarjana (Mikrobiologi) saya di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM. Alhamdulillah, 'viva voce' berjalan lancar dan saya lulus dengan baik (selain lulus, pemeriksa boleh juga beri keputusan gagal dan perlu mengulang kajian). Rasa sangat lega sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik viva.

Petang hari yang sama saya keluar ke kompleks membeli belah Bukit Jambul bersama rakan-rakan semakmal. Saja-saja saya timbang berat di mesin penimbang 20 sen. Aih, dah 65 kg?Berat rupanya aku ni. Kali terakhir timbang sebelum kahwin, baru 55 kg. Saya gelak sahaja..maklumlah, lepas kahwin tak pernah timbang berat. Jadi, saya sangkakan 65 kg tu normal selepas kahwin.

Rupa-rupanya, itu petanda awal untuk berita gembira kedua dan semestinya tidak disangka-sangka.

17 Oktober 2011-sah saya hamil! Panjang ceritanya..huhu.

18 Oktober 2011-semasa daftar buku merah, memang 'confirm' berat saya dah 65.6 kg. Berat 2 orang rupanya..Semasa 'scan', orang kedua tu dah 12 minggu 2 hari membesar dalam rahim saya tanpa saya sedar kehadirannya..

Syukur pada Allah, 'double joy' dalam masa seminggu! Saya yakin percaturan Allah itu sangat cantik, rezeki ilmu dan anak itu hadir tepat pada masanya..

T.H.E.S.I.S-True Happiness Started Since It Ended..hehe

**Ibu Yusuf**


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved