Ziarahi alin di Batu Kurau

on Thursday, March 28, 2013


15 Mac 2013 lalu kami ke batu Kurau kg Anak Kurau..menziarahi keluarga angkat kami di sana...Azlin adik Manan patah tangan masa dok main kasut tumit tinggi kak dia  Azlin ni baru darjah 1....

Suasana kampung ni memang best..rugi kalau tak pernah sampai...



Yusuf dengan dua pupu dia...


Wardah nak jumpa jugak kakak Sepupu dia kak Widad dok di Brunai,  jadi kami balik lagi ke kedah 17-18 Mac lalu (minggu sebelum tu dah balik melawat Pak Nyang)...




Ibu-ibu dengan anak-anak


Bapak-bapak dengan anak-anak (tu abg fahmi)


Menyembang dengan dua pupu dia...Iman


Yusuf dah boleh berdiri....11 bulan

on Wednesday, March 27, 2013


15-16  Mac kami balik Jitra kali kedua (minggu sebelum tu balik dah melawat Pak Nyang sakit....) kali ni Wardah nak balik juga sebab kakak sepupu dia dari Brunei balik bukan selalu jumpa....

Yusuf minggu sebelum tu demam panas 5 hari..suhu turun naik..pergi hospital balik pulau, specialist penang, hospital jitra sahaja 2 kali kami pi....

Bayi panas yang boleh bantu hanya ibu sahaja sebab tak jemu jelum kepala...doktor boleh bagi ubat..kalau tak jelum...panas juga...

kali ini Yusuf dah pandai berdiri...org kata demam lama sebab nak berdiri.....

Muhammad Nuruddin Bashah










Dengan Jannah dan famili ke Cameron Highland

on Thursday, March 14, 2013



2 Mac 2013 Baca Jannah dan famili ke Cameron lagi....dua minggu berturut-turut kami naik cameron.....suhu sejuk memang tak jemu naik...






















Yusuf baru baik demam gunting rambut


Marah sebab flash kuat....


Baru lepas susun keset Yusuf kata..


Rambut ala orang Asli


Lord Of the ring.....




Gulai ikan rempah giling pukul 3 pagi!

on Sunday, March 3, 2013


Hari Sabtu 2  Mac 2013 Wardah, Jannah (adik) dan Yusuf (anak sulung) balik ke Ipoh dengan VIVA (Bibah)....terus saya beli siap-siap rempah kari giling Nurin kari ikan dan rempah sup....fuhhh bau memang macam biasa power...

Tengahari bawa keluarga ke Cameron Highland memandangkan Jannah sendiri tak pernah ke sana sejak hidup di muka bumi.... dia demam lagi sekali dalam kereta (minggu lepas dah demam)..

Infeksi pada kaki menyebabkan ada kuman dalam darah..laporan sel darah putih agak meningkat kerana melawan penyakit sebab tu dia panas...

Pukul 11.30 malam bawa dia ke Hospital Ipoh..Jannah pun mengaku servis Hospital Ipoh 'A' saya dari dulu suka hospital ni sebab tu usaha bagi Wardah bersalin sini...

Pukul 3 pagi sampai rumah...Wardah sambut dengan masakan gulai ikan rempah giling Nurin..fuhhh hilang mengantuk....memang sedap......!!

Kepada syarikat Nurin terus kan perniagaan dan keusahawanan kalian..sebab kalau kalian tak meniaga..gulai rempah giling hanya jadi memori dalam hidup saya semasa sekolah sahaja.....


Muhammad Nuruddin Bashah









Antibiotik untuk Jannah


Fuuh sebeban antibiotik Dr Saidatul Akmar (Hospital Ipoh) preskripkan untuk Jannah yang panas badannya mencecah 39 C walaupun 2 panadol activ fast ditelan.

Sebelum ini dah makan paracetamol klinik swasta 500mg punya sepapan pun tak baik...

Kuman pada nanah kaki telah menjangkitit seluruh kitaran darah. Nasib baik Hospital Ipoh..kalau Batu Gajah minggu depan la nak tau infeksi dalam darah dia.... makmal pun proses dalam 10 minit sahaja termasuk pemeriksaan urine untuk check gula (sebab esok plan nak bekam)

klau darah dan infeksi makan pain killer macam mana pun tak jadi....tepat 2.30 pagi Jannah berjaya membawa pulang ubat2 ini dan diwajibkan untuk dihabiskan kerana abgnya tak tidur ni tunggu ambil darah dia he he he...

Muhammad Nuruddin Bashah

p/s : tadi bawa Jannah ke Cameron Highland...kesian dia demam tiba-tiba masa dalam kereta..pagi dah ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved