Yusuf tahu tak Bayi Rohingya tak sempurna macam kita?

on Friday, August 24, 2012

Bila kamu lahir...kamu diletak di atas tilam yang empuk, dipastikan menghirup oksigen yang cukup, dipastikan badanmu tidak terlalu panas atau sejuk malah sesegera mungkin ibu kamu telah berikan susu ke bibirmu...

Adakah Yusuf ingat hal ini semua?

Jam-jam pertama kelahiran amat kritikal, bayi perlukan kondisi 'perfect' untuk pertumbuhan otak yang rancak pada saat itu. Bayangkan bayi yang dibuang dalam tong sampah, dibuang tepi jalan, tidak mendapat susu dalam jam pertama malah mungkin 8 jam kemudian, digigit nyamuk!!, sakit, menjerit tanpa siapa perhatikan...



Akibatnya..mungkin bayi itu menjadi kurang akal kemudian kelak, jahat, atau ada masalah dari segi sikap kerana diri mereka telah gagal dibentuk pada jam pertama kelahiran....

Yusuf, anak-anak Rohingya tiada susu untuk diminum, kerbau dan lembu mereka dibunuh oleh etnik Rakhine...ibu mereka kekeringan susu, ibu mereka tiada makanan berkhasiat sepertimana ibu kamu dapat..


Tiada pil asid folik, tiada pil zat besi dan B kompleks....tiada semua itu Yusuf...

Tiada minyak zaitun untuk menambahkan susu si ibu...



Tiada minyak telon untuk mengubati kembung perut anak-anak Rohingya tau...

Tiada baju tebal dan pampers pakai buang untuk mereka...ruam di celah kelengkang hanya Allah yang tahu...



Yusuf, anak Rohingya ada yang mati kerana penyakit kuning dan cacing...Ya memang Yusuf dimasukkan ke wad untuk rawatan penyakit kuning...tetapi ada peralatan sempurna, ada lampu ultraviolet walaupun panas, ibu sentiasa bekalkan susu kepada Yusuf agar tidak dahaga tau...setiap setengah jam ibu berikan susu...ibu korban masa tidur...

Tapi anak-anak Rohingya..kalau kuning...tiada ubat..malah susu ibu yang perlu diberikan setengah jam sekali tidak mampu diberi oleh ibu Rohingya yang kering kontang...



Yusuf anak sulungku....kalau kembung perut kerana angin dan cacing..ibu Rohingya hanya menangis melihat anak mereka menderita, malah mati di riba mereka....

Tiada bumbung....mereka hanya tidur setiap hari di bawah payung hitam kecil sahaja...Yusuf ada rumah, ada bumbung...ada semua....bila panas, ibu sembur air...ayah timang dan hayun....tapi anak Rohingya?

Tahukah Yusuf betapa sejuknya tidur di luar tanpa bumbung dan dinding?..tahukah Yusuf berapa botol minyak telon yang diperlukan oleh anak Rohingya untuk menghilangkan kembung perut kerana mereka tiada rumah?

Yusuf...bersyukurlah kamu kerana kamu dilahirkan dalam keluarga dan suasana yang cukup peka dengan kamu...

Semasa Yusuf cedera mata kerana tercucuk dengan jari sendiri, ayah dan ibu bergegas ke Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan pakar!

Ya, Yusuf dirawat oleh doktor pakar bukan doktor biasa....dirawat sehingga sembuh...

Tapi anak Rohingya? tiada bantuan yang boleh dihulurkan...jalan laut ada tentera Myanmar menunggu, jalan sungai ada petugas sempadan Bangladesh yang bakal menembak, jalan darat ada 2-3 negeri dalam Myanmar yang akan menyekat...tiada terowong...orang Rohingya tidak kuat dan memiliki peralatan hebat seperti orang Gaza Palestin...

Banyak lagi nikmat Yusuf yang ayah nak ceritakan...Insya Allah dalam tulisan akan datang..

Muhammad Nuruddin Bashah

Janin serap kalsium ibu..kesian ibu-ibu

Janin mengumpulkan kalsium dari ibunya sekitar 25 sampai 30 mg sehari. Inilah fakta penting yang 

menghendaki ibu minum susu untuk mengelakkan masalah kesihatan ibu pula selepas melahir anak atau semasa menyusu kelak.

Sebab itu gigi mak saya hilang satu demi satu bilan mengandung kami dulu-dulu....



Saya tahu isteri hamil selepas beliau hamil 3 bulan!

Wardah tidak muntah, pening atau loya. Dia naik bas, naik motor macam biasa ke tempat kerja yang jauh dari rumah dalam keadaan hamil 1-3 bulan.

Suatu hari saya sengaja suruh beliau buat medical check up sebab beliau mengadu lenguh pinggang. Takut tulang tidak kuat. 

Barulah tahu beliau hamil selepas disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Greentown.

Balik saya beli lagi alat pemeriksa kehamilan dan sah, beliau hamil.

Saya pastikan beliau makan semua vitamin yang doktor beri. Malah saya minta doktor atau nurse berikan satu set vitamin juga untuk saya, serupa seperti yang Wardah dapat untuk memberi galakan kepada beliau.


Susu ANMUM tidak pernah dilupakan, malah disusuli dengan susu kambing, kurma, kismis, minyak kelapa dara dan sebagainya.

Alhamdulillah, kandungan sihat hari demi hari kerana pemakanan seimbang dan berkhasiat.

Senaman ibu mengandung pun dipraktikkan dan saya terus berusaha untuk dapatkan kereta VIVA Auto untuk memudahkan beliau memandu......kalau tak naik Kancil lah kami sampai tua....

Kami scan janin di klinik swasta di Batu Gajah, malangnya foto tak dapat dicetak, filem habis katanya...jantina semestinya tak tahu lagi....

Selepas kandungan berusia 6 bulan, nama diberi iaitu MUHAMMAD YUSUF kerana kami sering membaca surah Yusuf....

Bersambung lagi kisah Yusuf..






Muhammad Nuruddin Bashah 

Susu tepung 1 malaysia....sedap jugak


Semasa pergi Mydin baru-baru ini, kami beli susu tepung 1 Malaysia.
Saja nak rasa. Kandungan khasiat ada protein dan lemak sahaja, vitamin tak dinyatakan kandungannya.
Lagi pun memang hakikat susu tepung vitaminnya ditambah, bukan semulajadi...
Contohnya Nespray Cergas, vitaminnya kurang  berbanding Nespray Fortified yang ada asid folik dan sebagainya...

Rasa susu tepung 1 Malaysia ini sama sahaja dengan Nespray....Harga 600g adalah RM 10, manakala Nespray Cergas 300g lebih kurang  RM 7....

Muhammad Nuruddin Bashah

Kenangan berbuka puasa dengan Muslim Aid...


Bulan Ramadhan yang lepas, saya dijemput sertai majlis berbuka puasa 'Fast To Feed' anjuran NGO Muslim Aid di Ipoh, berdekatan dengan Greentown Mall ....

Bertempat di gerai koew tiaw yang diusahakan oleh junior sekolah dahulu, Mr Hazri, Muslim Aid meraikan ramai OKU dan warga emas di sana...

Tahun lepas Muslim Aid minta saya wakilkan mereka di majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim Darul Hikmah Gopeng...

Alhamdulillah....yang tengah tu macam pelarian Rohingya, yang kiri macam petugas PBB, yang kanan macam Rakhine di Arakan...

Muhammad Nuruddin Bashah

Bekerja hari pertama selepas beraya memang malas tahap maksima


Hari ini saya mula bekerja semula..tak ambik cuti lama sebab cuti tahun dah habis..maklumlah, isteri mengandung, bersalin, rawatan bayi dan sebagainya memerlukan cuti dihabiskan sekerapnya...

Pekerja tak ramai datang...tapi pelik..meeting buat juga..sembang kosong pun jalan ....janji gaji jalan...

Tadi berhari raya di rumah Ustaz Syukri di Sri Iskandar...beliau guru di SMK Lambor Kiri...

Esok beraya lagi....
 
100% bulan Syawal gunakan untuk ziarah menziarahi....

Muhammad Nuruddin Bashah

Tok Mama..Ibu..dan Penguin


 
 

SMS di suatu hari..
Ibu: Buka puasa kat Tesco ni.nak tengok mainan dia lg.xtau lg ada dak yg brkenan..huhu
Tok mama : Jangan beli penguin dah la..
Ibu: Ha, mama dh beli penguin ka? kantoi..haha..
 
Saya masih ingat permainan ni sebab masa kecil dulu, mama & abah pernah beli untuk saya. Dahulu, relnya berwarna merah dan muziknya berlainan. Mama kata lagu pop ye ye..huhu. Malangnya permainan ini tidak sempat diturunkan kepada adik yang kelima (Pak Su) kerana telah rosak. Kali terakhir melihatnya, hanya serpihan rel dan bahagian tangga yang rosak yang tinggal.
 
Sebuah blog pernah menyenaraikan permainan penguin ini sebagai salah satu barang nostalgia. Saya sangat setuju dengan pernyataan tersebut..
 
Raya tahun ini saya berjumpa semula dengan permainan penguin ini..selepas mama membelinya lagi buat kali kedua selepas 27 tahun..kali ini bukan untuk saya, tetapi untuk cucu kesayangannya..
 
Terima kasih mama..terima kasih juga che ah (Mak Teh) yang pusing satu Jitra katanya mencari mainan yang dihajati mama..Yusuf sayang Tok Mama & Mak Teh..

 




**Ibu Yusuf**

Buaian dan bayi..sejarah tidak pernah memisahkan mereka...



Yusuf dah mula lali bila kena hayun dalam buai
 
Umur Yusuf dah hampir 5 bulan barulah saya beli buaian 'stainless steel' jenama My Dear di Sri Iskandar petang tadi.

Sebelum ini memang saya nak beli tetapi isteri saya kurang bersetuju..katanya tak mau manjakan bayi, biar tidur atas tilam sahaja...

Di rumah Abg Yen (supervisor di kilang saya bekerja), Yusuf berpeluang tumpang tidur dalam buaian yang ada di rumahnya..saya teruja..terus rasa nak beli sebab Yusuf terus lena dalam buaian tu...
Di Jitra, mak mertua beria nak belikan Yusuf buaian...saya kata tak perlu sebab saya akan belikan sendiri..Mama memang tak boleh tengok Yusuf susah tidur...

Tadi barulah semua selesai...gambar pertama bukan buaian kami, tapi gambar sapa ntah saya ambik (malas nak ambil gambar dah)..tapi bentuk macam tu lah juga...

Muhammad Nuruddin Bashah

Sayang Yusuf selalu..


Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar....

Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Ibu Rose
 
** Saya 'copy & paste' artikel di atas dari laman facebook Prof Dr Rozieta Shaary. Selepas membaca artikel inilah saya mula meneliti tulisan-tulisan beliau yang banyak berkisarkan seni dan teknik untuk menjadi ibu bapa cemerlang, kaedah menangani ragam anak serta 1001 tips keibubapaan yang boleh diaplikasi dalam keluarga nanti. Saya berkongsi pula dengan suami.
 
Semoga kami berjaya menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kami (Muhammad Yusuf yang seorang, buat masa ini) ;)
 
-Wardah Abd Rahman a.k.a. ibu Yusuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved