Kaedah buat puri

on Saturday, November 24, 2012

Kalau tanya Haji Google tentang cara buat puri, mesti jumpa punya..ramai golongan ibu khasnya yang suka berkongsi maklumat tentang topik ni..
Kali ni kita tengok macam mana ibu Yusuf buat..teruja sangat sampai barang dan periuk semua dah siap letak atas meja makan 2 hari sebelum Yusuf genap 6 bulan..haha
 
 
 
Tak susah kan? Buah-buah yang lembut seperti pisang, betik, avocado tak perlu kukus/rebus..lenyek je, dah boleh makan..buah lain, kukus sekejap untuk lembutkan..nanti mudah nak kisar halus..
 
Saya sediakan puri ni setiap hari sebelum makan tengah hari..buat siap-siap untuk 2 kali makan..separuh makan tengah hari, separuh lagi masuk dalam peti ais..sejam sebelum makan petang saya keluarkan..dah hilang rasa sejuk puri tu baru suap kat Yusuf..

 
Ni antara gambar awal Yusuf mula makan puri pear..gambar ke4 tu jarang-jarang berlaku..hehe
 
 
**Ibu Yusuf**

Lulus! Buah dan sayur..

 
Nyum nyum..Yusuf memang mudah makan, tak banyak songeh orang kata..hehe. Senang ibu dia suap makanan..
Selama sebulan kami hanya bagi Yusuf makan puri buah atau sayur..ini hanyalah makanan pelengkap ye..makanan utama Yusuf semestinya masih susu ibu yang kaya dengan 1001 khasiat itu..ops, air masak pun Yusuf baru mula minum, di selang-seli dengan puri..
Masa bagi Yusuf makan puri, muka manis jer..masa minum air masak, dia suka menyembur..haish, main-main pulak budak kicik ni..
 
Jom tengok apa yang Yusuf makan..
Ibu: Yusuf, lets learn what u eat!
Yusuf: ........... (nganga mulut)

 
1-pear
2-epal merah..hijau tak mau naa, masam!

 
3-lobak merah
4-pisang...bananana!
5-keledek..tak jumpa yg merah, putih pun boleh tapi manisnya kurang sikit la..
 
yang tiada dalam gambar :
6-betik..dah tunjuk awal lagi kat Yusuf, sebelum betik kena potong..huu
7-mangga/pelam manis
 
Yusuf juga pernah cuba puri campur contohnya:
pisang+keledek
kacang hijau (peas)+lobak..yang ni memang gagal, Yusuf memang tak berkenan..2 kali suap je boleh..
 
Hasil dalam bulan ni, boleh kata setiap hari Yusuf buang air besar, kadang-kadang tengah makan pun muka berkerut-teran berak..aiyoo!
Paling cepat Yusuf 'membuang', lepas makan pisang, epal atau betik..
 
 
**Ibu Yusuf**
sangat seronok ajar anak kenal dan makan buah/sayur =)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved