Salim penasyid muda...

on Saturday, December 29, 2012


Salim tulis dalam facebook dia
Setelah sekian lama terpisah, kini bertemu semula bersama Sifoo Nasyid Al-Miftah 2003-2005, Nuruddin Bashah. Semoga Allah memberkati perjuangan Nasyid kita, amin :) — with Wardah Abdul Rahman and Muhammad Nuruddin Bin Bashah.

Ini salah seorang anak buah nasyid saya dari SMK Teluk Kumbar, P.Pinang.

Saya dijemput oleh Cikgu Abdul Syukur (PK HEM sekolah/naqib saya di Balik Pulau) untuk asaskan nasyid di sekolah ini sekitar tahun 2000 (semasa cuti selepas matrikulasi) dan terus mengajar sehingga tahun 2007....

Alhamdulillah depa semua power sekarang....

La ni Salim, mak ayah dia pindah dok Taman Meru 2C, Ipoh....area KotaRaja tempat saya mengaji kuliah dhuha tiap minggu....

Muhammad Nuruddin Bashah

Kak Cik Wahidah mai umah....(gembala kucing, bibik Yusuf)


Kak Cik @ Mak Teh (Wahidah Abdul Rahman) mai umah kami Isnin lepas..dok dua hari...dia dalam study week UiTM Shah Alam..naik bas dari sana terus ke Batu Gajah....

Ni gambar masa hantar beliau ke hentian Bas Taman Maju Seri Iskandar..

Yusuf pulak orang beli telur setengah masak ..dia asyik tepuk-tepuk meja...dah agak dia akan buat sesuatu...sah!..dia akhirnya berjaya mencelupkan tangannya dalam cawan telur setengah masak dan menjatuhkan kesemuanya atas meja..tahniah..kempunan ayah nak makan pagi tu....
Dia macam biasa gelak tunjuk 2 gigi bawah...

Kak Cik ni bibik Yusuf masa ibu dia dalam pantang..sapa nak tempah beliau jaga dalam pantang pun boleh kerana kemahirannya diwarisi turun temurun....hehe



Keluarga Johor mai umah...


Ini keluarga Abg Badrul yang mengunjungi rumah saya minggu lepas,, 23 Disember 2012...depa konvoi INNOVA ke Ipoh....tengok tempat2 masa depa muda2 dulu di Maktab Perguruan Kinta...

Anak-anak depa semua mai..tapi sat ja sebab depa nak pi Bota bantai durian pulak...

Wardah buat gulai ikan rempah giling....beli rempah tu di pasar pagi Batu Gajah...sedap tiba-tiba teringat aroma gulai Tok Balik Pulau....Tok hanya suka gulai giling..dalam 2 tahun sebelum dia meninggal sahaja dia makan rempah serbuk sebab tak larat giling....masa tu Pak Su Jabar dah sakit-sakit..setahun lepas Pak Su meningal, Tok pulak pi ke Rahmatullah....

Lepas ni mai tidoq sini pulak....

Muhammad Nuruddin Bashah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved