on Friday, June 5, 2015

Jom mula langkah kebaikan hari ini...
Sebenarnya saya dah amal beberapa perkara yang selaras dengan kempenKindness Malaysia antaranya..
1) Sediakan 2 not RM 1 sehari dan hulurkan kepada pekerja yang saya lihat bekerja berpeluh-peluh, kadangkala beri kepada cleaner Nepal yang sedang beratur beli air.
2) Beri RM 1 kepada pemungut duit kutu bulanan apabila saya terlewat bayar (misalnya kelmarin kerana MC terlewat bayar) sebab beliau akan dahulukan wang saya untuk penerima KUTU bulan berkenaan.
Biar sedikit tapi istiqamah....
Saya rasa kempen RM 1 sangat mudah untuk kita mulakan langkah uat baik .... apa kata anda?
Muhammad Nuruddin Bashah.
017 6291368


Terima Kad Kindness

You added 2 new photos.
11 hrs · 
Takdir saya menerima kad @kindness daripada Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Bin Kamarulazizi maka saya perlu progresifkan lg amal bakti sesama manusia, haiwan, alam sekitar..Insya Allah




Yusuf di tahan di wad Melur Sungai Petani

on Friday, April 17, 2015


Yusuf di emergency Hos Sg Petani. muntah n cirit.makan minum pun tak mau dah...janji kat dia jangan nangis, ptg nh ayah bw pi PASTI...dia nak pi hos pun pakai baju PASTI...
 — with Wardah Binti Abdul Rahman.










Dah tak muntah dah, mula makan bubur, minum susu,minta air duch lady..santapan pertama dia ikan bilis masa tgok sy sarapan tadi. dia memg suka ikan bilis. Kpd yg ziarah asistant saya ni sy ucpkn ribuan terima ksh. doakan Yusuf ya...
 — with Wardah Binti Abdul Rahman.







Saya dah makan bubur dgn air milo,saya nak keluar cepat jumpa Mayam...
— with Wardah Binti Abdul Rahman.





Yusuf round wad bila tau dah boleh keluar wad...
 — with Wardah Binti Abdul Rahman.






Yusuf dah 3 tahun

Selamat hari lahir ke 3 Muhammad Yusuf..ayah bangga ada anak mcm Yusuf..tahun dpn masuk Pasti na..
 — with Wardah Binti Abdul Rahman.


Yusuf tak ceria sgt sebab baru keluar wad....



Video Yusuf cakap depan pintu



Layan Yusuf ckp sementara tgu Wardah Binti Abdul Rahman buka pintu rumah


Riadhah keluarga di Taman Belia Pulau Pinang-12 April 2015

Riadhah keluarga di Taman Belia Pulau Pinang...bw tmpt bapak depa riadah masa kecik kecik dulu

















Surah Ibu mana?

16 April 2015

Kisah semalam..
Yusuf: Ibu bacalah surah ibu pula..
Seminit kemudian..
Yusuf: Ibu, surah ayah kat mana?
Ok, siapla 2 tahun lagi Muhammad Nuruddin Bin Bashah Maryam akan tanya soalan yg sama..hehe

Di Majlis kenduri Adik Manan....

on Thursday, January 1, 2015


Pada 21 Disember lalu, saya dan keluarga ke Kg Anak Kurau hadiri majlis walimah adik angkat kami Siti Fairuz Zakaria adik kepada Manan...

Meriah...suasana kampung...memang best...

Yusuf amat teruja dengan sungai, suasana kampung...dia beraksi habis...

3 biji telur kenduri dia balun...

Maryam pun suka tapi dia tak tau nak cakap la...

Depa main ghazal malam isnin, tak sempat nak join sebab esoknya kerja...kalau main malam ahad bolehlah join....

Moga keluarga Pak Ndak dan mak Ndak sentiada bahagia, dirahmati Allah...

Nuruddin....








Maryam 4 bulan...dah besar anak dara ni...


Maryam si gebu.....anak no 2...

Senang nak jaga...

Mudah nak berbual (bunyi suara budak 4 bulan)

Mudah senyum....

Nak dukung pun mudah....

Amat gebu dan mantap badan dia...

Ayah sayang Maryam...

Nuruddin

Nak Ayah..nak ayah....


Wardah Binti Abdul Rahman tadi abg ziarah n solat jenazah pekerja kilang., muda lg, anak ada yg menyusu lg.
tadi masa belum kapan,
anak umur setahun kata nak ayah,nak ayah..
bila tutup muka, anak mula menangis jangan tutup ayah..
bila ayah dia dah masuk keranda, anak kata nak ayah..jerit,air mata banyak..
mungkin dia nampak ruh ayah dia..
mungkin sedih org letak ayah dia dalam kotak..
Abg cium kepala anak tu,pujuk..ayah pi jumpa Allah..byk kali ckp...
tangan kanan pegang coklat,tangan kiri pegang puting...
bila keranda diusung,lg kuat dia nangis...
jauh dah pun dgr lg suara dia..
ramai tak tahan air mata sb suara dia...dia tunjuk dgn jari comel nak ayah,nak ayah..
Bayangkan abg dlm keranda tu..
Yusuf nangis mcm anak tu...
Agak-agak tahan tak?
Anak tadi bg tazkirah...
Dah mati, anak dikasihi pun tak boleh ikut..
Moga kita pi sana, dlm husnul khatimah Wardah...
Suamimu Nuruddin.

# khas untuk Rosmaini pekerja QA Yuasa yang pergi menemui Ilahi hari ini 1 Januari 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved