(Video) Aktiviti Yusuf dalam rumah kedua

on Tuesday, January 29, 2013


(Video) Yusuf main gendang Turki


Yusuf dan ada remoiih

on Friday, January 25, 2013


Yusuf dah ada remoih (jambul tajam) macam jeffridin he he






Aksi Yusuf




Hoho..Yusuf dah mula pandai nak melawak/meghagas orang Kedah kata..


**Ibu Yusuf**

Yusuf dan majlis ilmu..





Ni gelagat Yusuf ketika kami bawa dia dengar kuliah Maghrib ayahnya di Masjid Tasek, 16 Jan yang lepas. 
Sesetengah ibu bapa bimbang untuk bawa anak tambah-tambah lagi bayi ke masjid, takut depa buat bising atau menangis kan. Pada pendapat kami, berdasarkan pengalaman, lebih awal anak didedahkan dengan aktiviti masjid, lagi senang untuk kawal depa. Lagipun, masjid atau di majlis-masjlis ilmu kan banyak malaikat (lain lah pasar malam..). Mana tau, golongan ahli syurga ni seronok dikelilingi malaikat jadi depa tenang selalu..Wallahu'alam =)

Seingat saya, usia Yusuf 30 hari kami mula bawa dia ke kuliah Dhuha di Taman Che Wan. Boleh kata hadiah usia sebulan Yusuf. Yusuf ambil pahala ahli lelap sebabnya, dia tidoq sampai habis kuliah..hehe. Bulan Ramadhan kami bawa dia tarawikh di masjid. Masa tu di Masjid Panglima Kinta. Pada awalnya, risau juga, takut dia menangis tengah-tengah orang solat. Kami tawakkal, ingat tempat yang dituju tu rumah Allah. Bentang selimut, biar je dia telentang kat sebelah sementara saya solat. Dalam kereta bagi susu siap-siap sampai kenyang. Alhamdulillah, jarang sangat dia meragam. Kami pun dah tak risau lagi.


  Masa ni usia Yusuf 3 bulan. Kadang-kadang ada pula yang sukarela nak tolong tengokkan dia..hehe. Ni kakak Fatin di Surau Taman Seri Raia.

 Yusuf beraksi bebas di Masjid Ipoh..Yusuf 5 bulan.

 Sedap lena dalam surau ni sebab ada 'ekon' Yusuf kata..





Di Masjid Tasek lagi..Yusuf 8 bulan.


 Saya sangat sukakan suasana sekarang, berkereta satu keluarga ke mana-mana sahaja. Dulu kami berdua, sekarang ada Yusuf lagilah seronok. 

Syukur pada Allah...atas nikmat yang diberi-peluang hadir di majlis ilmu dan masa bersama keluarga..


**Ibu Yusuf**





Yusuf dengan Ustaz Akmal...

on Saturday, January 19, 2013


Semalam Mesyuarat Lajnah Penerangan Negeri Perak....bawa Yusuf pi sama...dia main dan baca buku dengan ibu dia di ruang tengah....sambil ada dua kakak dok 'acan' dia..dia aktif dan teruja bila ada kanak-kanak lain...Nampak gaya memang di 'skolah' (TASKA) nanti dia tak menangis 'meghap' sebab ada ramai kawan lain....

Yusuf didukung oleh Ustaz Akmal, Ketua Penerangan DPP Negeri Perak....sambil kena dukung dia dok tarik pipi Ustaz Akmal sebab dia boleh dengan saya saja...semoga Yusuf akan sentiasa bersama pejuang agama...

Muhammad Nuruddin Bashah




3 Sebab Mengapa Mesti Menyusukan Bayi

on Friday, January 18, 2013


3 sebab kenapa anda mesti menyusukan bayi:

1. Melahirkan anak-anak yang lebih gembira
- kajian menunjukkan anak-anak yang menyusu susu ibu kurang mengalami kemarahan & bertindakbalas dengan baik terhadap stress. Ini kerana mereka mempunyai ...ikatan (bonding) yang kuat dengan ibu

2. Mengurangkan risiko kencing manis
- penyelidik perubatan menjelaskan penyusuan akan membakar lemak yang disimpan sepanjang kehamilan, ibu menyusu lebih mudah menurunkan berat badan. Ini akan mengkatifkan (regulates) hormon insulin yang akan mencegah diabetes

3. Mengelakkan alahan terhadap bayi
- bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan tidak didedahkan kepada makanan/minuman yang boleh membawa kepada alahan. Tempoh ini sangat penting kerana sistem pertahanan penyakit masih dalam proses perkembangan.

Diterjemah dari http://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/3-new-reasons-breast-feed

Kredit: Kump Ibu menyusukan (Nik Ha)
 

Yusuf, si bayi susu ibu. Syukur, rezeki untuk Yusuf masih melimpah ruah hingga kini =)


**Ibu Yusuf**

 

Sayang Yusuf!

on Tuesday, January 15, 2013




Abah dan Mama naik pangkat dengan kehadiran Yusuf  (*_*)
 

Kami dua pun naik pangkat juga..Yusuf baru 3 hari masa ni ('_')


**Ibu Yusuf**

Yusuf dan baju sejuk merah..















Baju sejuk kait ni Tok Mama bagi kat Yusuf..asalnya ibu pakai masa kecik-kecik dulu..jadi dah 2 generasi, baju ni elok lagi untuk dipakai..kali ni Yusuf pakai masa beli barang di Tesco Station 18. T-shirt yang Yusuf pakai lengan pendek, elok la pakai baju ni kat luar..


Masa kecik dulu, Abah, Mama dan saya tinggal di Kuantan. Abah kerja di Politeknik Kuantan, sebab tu dari 5 orang adik beradik, saya seorang (anak sulung) lahir di sana..Masa tu hidup tak senang sangat Mama cerita..Abah ada motor saja. Jadi tiap kali balik kampung di Alor Setar, kami 3 beranak naik bas ekspres..cerita dalam bas lain pula..lagi macam2..Baju sejuk merah ni Mama bagi saya pakai sebab dalam bas kan sejuk..

Bila tengok Yusuf pakai baju ni, terbayang masa saya kecik dulu..mungkin dalam umur ni juga saya pakai baju yang sama..

Dengan mengingati perkara yang lepas, kita akan lebih kenal diri kita yang sekarang kan..

Terima kasih Allah atas nikmat ini..hidup dikelilingi orang yang tersayang..


**Ibu Yusuf**


Yusuf di kedai mamak

on Monday, January 14, 2013


Muhammad Yusuf di kedai mamak Syed Corner Menglembu....

Ada pekerja kedai ni dari Pakistan nama dia Roni kawan baik saya..sejak tahun 2008 zaman bujang hingga dah ada anak saya masih baik dengan Roni...

Kami tengah tunggu servis kereta di Menglembu-tukar minyak enjin dan minyak gear auto...
 


Muhammad Nuruddin Bashah
 

Selamat Hari Lahir kekasihku....


Selamat Hari Lahir diucapkan kepada isteriku Wardah Abdul Rahman..dah umur 28 tahun pun dia ye...
Malam ini nak belanja dia makan Marrybrown...kami suka Marrybrown..

Terima kasih kerana menjaga keluarga ini, menghiasi keluarga dengan kasih sayang ...

Berusaha masak apa yang suami idam walaupun serba payah...semua itu amat dihargai oleh aku...

Juga jasa besar melahirkan bayi cerdas kami Muhammad Yusuf ini...
Tok Kedah kata Yusuf akan jadi macam ibu dia, umur 4 tahun dah pandai membaca.....
Saya kata amiin...memang saya suka Yusuf membaca....

Tiada nikmat tertinggi di dunia antara lain memiliki sebuah keluarga yang sempurna dari kaca mata syariah....

Moga Allah memberkati kami...



Yusuf membaca di tepi pantai...

on Tuesday, January 8, 2013


Bila ada masa saya selalu ajak Wardah ke tepi laut ke..air terjun ke..untuk melaksanakan aktiviti rutin iaitu membaca secara serius....

Sambil-sambil kami boleh asuh Muhammad Yusuf juga....

Banyak juga boleh masuk dalam otak kalau membaca secara santai di luar rumah sendiri...

Muhammad Nuruddin Bashah




Muzium Siput..macam dah tak berfungsi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved