Suatu ketika dahulu saya dan adik beradik dibesarkan dalam keadaan kami tidak memiliki televisyen mahupun radio.
Masa saya tingkatan 1, TV rumah meletup semasa kilat. Sejak tu mak tak beli dah TV...."aku tak dak duit," kata mak.... kami nak kata apa kan...
Jadi bermula hari itu, kami memang tak tengok TV..... sampailah ayah buka kedai ubat tradisional dan alatan ibadat di gerai Perda Simpang Empat.... mak beli TV kecik ni untuk ditonton di kedai sahaja...TV hitam putih...hanya boleh tengok TV 1 dan TV 2 sahaja...
Tak ada masalah..ada orang kata tak tengok TV tak akan pandai mengarang dan menulis....ha ha..dapat jugak A Bahasa Melayu SPM.... semua tu auta ja...
Kalau nak tengok cerita P Ramlie atau nak tengok bola....semua akan berkumpul di kedai..malah kami semangat nak jaga kedai bila nak tengok rancangan tertentu...sampailah saya masuk UM....baru mak beli TV...
dari tahun 1996 hingga 2002....
Muhammad Nuruddin Bashah