Isyak semalam 29 Nov Yusuf panas....Ibu die check suhu Yusuf dah 38 darjah! Dia demam..
Ini pertama kali Yusuf demam..sebelum ni panas badan sekejap kerana suhu rumah Doktor kata..kali ni demam...
Kami demah kepala dan badan die...bubuh cool fever ke dahi die...dua keping tukar suhu masih tinggi....
Bila subuh...badan Yusuf jadi 39 darjah...terus saya ajak Wardah ke hospital Ipoh (saya kurang berkenan dengan Hospital batu Gajah)
Di Ipoh terus pembantu perubatan sumbat ubat dalam punggung Yusuf....dia tenang sikit...kira-kira 7 pagi dah time tu....saya terus mesej manager tak datang kerja separuh hari....anak nombor 1...
Doktor bagi paracetamol sirap...kena bagi tiap 6 jam..Alhamdulillah Yusuf lagi kuat minum susu..mungkin sebab die panas....kalau tak minum tanda die sakit tekak atau bengkak tekak lagi bahaya...
Doktor kata kalau panas lagi bawa ke hospital semula.... selepas kena ubat punggung dan ubat makan..die main walker dengan lajunya dan ajak sembang kuat-kuat...saya terharu...barulah saya boleh pergi kerja....
Muhammad Nuruddin Bashah