Pertama kali Yusuf potong rambut sejak dicukur

on Thursday, May 9, 2013

 
2 Mei baru-baru ni kami bawa Yusuf ke kedai gunting rambut..hehe. Pertama kali Yusuf potong rambut di kedai. Sebelum ni kepala Yusuf pernah botak sekali (masa dalam pantang) dan rambut pernah kena potong sikit di bahagian depan dan atas telinga. Masa ni saya buat sorang. Kali ni sebab dia dah besar (setahun dah!) dan asyik berpeluh ja bila tidur malam, kami bawa ke kedai terus. Nak potong pendek dan nipis..
 
Ni aksi Yusuf masa kena potong rambut..baik ja. Tak meronta langsung.. Ada can nak antar potong kat kedai lagi-senang keja..hihi. Tapi masa potong ayah dia kena pegang ler..
Nama kedai tu Gemini di sebelah kedai capati sedap Batu gajah.
 




 
Lepas ni sekali ke kedai gunting rambut, 2 kepala punya rambut juga mau potong.. :p
 
 
**Ibu Yusuf**

Hadiri kursus Penyediaan makanan bayi di Klinik Tronoh

on Sunday, April 14, 2013


Jumaat 12 April 2013 kami sekeluarga ke Klinik Kesihatan Tronoh.

Ada kursus penyediaan makanan bayi. Yusuf dah setahun dah tak perlu bubur. Dah boleh makan roti buh kaya, makan nasi, makan ayam goreng, minum milo (kami ganti dengan smart coco nak langgan dari adik saya) dan dah boleh makan bihun....

Jururawat Masyarakat yang banyak jaga Wardah dan Yusuf, Nurse Hafizah Dan Nurse Norazah bagi Wardah ambik makanan sample tu untuk suap Yusuf...best Yusuf pertama kali makan bihun dan roti bakar....

Nurse kata boleh kekal susu ibu cuma elok tambah milo sebab Yusuf aktif semua makanan jadi teenaga jadi berat badan dia susut....Nurse kata jangan takut bagi jem atau kaya sebab gula tu semua Yusuf jadikan tenaga....



Sample makanan ikut masa


Yusuf ceria dapat makan free


Zailani dan Isteri bersama anak ke dua depa...dia ni banyak tolong masa nak pindah ke Ipoh dulu....

Dua jururawat masyarakat yang baik hati dan dedikasi...

Muhammad Nuruddin Ayah Yusuf....

Ziarahi alin di Batu Kurau

on Thursday, March 28, 2013


15 Mac 2013 lalu kami ke batu Kurau kg Anak Kurau..menziarahi keluarga angkat kami di sana...Azlin adik Manan patah tangan masa dok main kasut tumit tinggi kak dia  Azlin ni baru darjah 1....

Suasana kampung ni memang best..rugi kalau tak pernah sampai...



Yusuf dengan dua pupu dia...


Wardah nak jumpa jugak kakak Sepupu dia kak Widad dok di Brunai,  jadi kami balik lagi ke kedah 17-18 Mac lalu (minggu sebelum tu dah balik melawat Pak Nyang)...




Ibu-ibu dengan anak-anak


Bapak-bapak dengan anak-anak (tu abg fahmi)


Menyembang dengan dua pupu dia...Iman


Yusuf dah boleh berdiri....11 bulan

on Wednesday, March 27, 2013


15-16  Mac kami balik Jitra kali kedua (minggu sebelum tu balik dah melawat Pak Nyang sakit....) kali ni Wardah nak balik juga sebab kakak sepupu dia dari Brunei balik bukan selalu jumpa....

Yusuf minggu sebelum tu demam panas 5 hari..suhu turun naik..pergi hospital balik pulau, specialist penang, hospital jitra sahaja 2 kali kami pi....

Bayi panas yang boleh bantu hanya ibu sahaja sebab tak jemu jelum kepala...doktor boleh bagi ubat..kalau tak jelum...panas juga...

kali ini Yusuf dah pandai berdiri...org kata demam lama sebab nak berdiri.....

Muhammad Nuruddin Bashah










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved