Bayi cerdas ni macam faham bila orang baca Al Quran depan dia....harap2 dia suka hiburan sebegini. Tapi bila lama sangat mula kalih sini kalih sana....
Dua hari dia kuat merengek..saya ingat dia dah pandai nak merengek-rengek tanpa sebab...buat la macam-macam..menyanyi lah..bawa jalan lah...dukung lah...
Rupanya ibu dia perasan dah ada ruam lampin....merah...dia menangis bila basuh punggung...
Kesian..ayah tak tau...bila pujuk guna suara kuat dengan harapan dia akan senyap..rupanya dia sakit pedih...
Kami buh tepung ubi, krim ruam dan sapu sikit minyak kapak emas (dijampi) yang makcik dia jual....bagi selesa sikit...ada petua kata minyak kelapa dara..kami memang ada stok..ingat nak buh gak...minyak dan krim jadi pelincir/lapisan protektif lindung kulit daripada najis dan air kencing yang menyebabkan ruam....tepung ubi pula menyerap lembapan..jadi kombinasi semua ini akan mempercepatkan penyembuhan...tadi dia dah gelak2....dan senyum2....Ayah diapun gembira semula....
Muhammad Nuruddin Bashah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.