Kenduri ini di Taman Rapat Setia tempat kami selalu bermesyuarat...
Warah tulis:
Gembira dapat jumpa pengantin baru Fairuz Liyana..rupa-rupanya pengantin lelaki adalah abang Mar Tulip Biru yang saya kenal di Kohalal tahun lepas..kecilnya dunia. Sejuk mata melihat busana pengantin-ringkas tapi menarik. Yang paling penting-patuh syariat ;) Buat pengantin-Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan =)
Saya Tulis :
Saya paling kagum dengan keserderhanaan dan pakaian pengantin yang amat cocok dengan syariat. Kira bertuah juga saya dan isteri dulu merancang untuk berpakaian pengantin cocok dengan syariat, murah, sedap mata memandang, mekap oleh ahli keluarga sendiri (kenduri di Jitra) dan buat sendiri (kenduri di Balik Pulau), tak payah mak andam yang pasti mencocok kita untuk berbulu mata palsu dan sebagainya (Wardah belajar sebelum dia nikah) dan tiada unsur agama lain..walaupun pakaian kami lebih kemelayuan berbanding Ustaz ini yang lebih ke araban. Apa pun yang penting menutup aurat dan tidak melampau batas.
Muhammad Nuruddin Bashah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.