17 Oktober 2011
Hari itu saya pergi kerja seperti biasa..agak bersemangat sebab naik motor baru yang didaftar atas nama sendiri..hehe. Motor pertama dan kali pertama bawa. Saya ke Greentown, Ipoh dulu untuk uruskan hal syarikat di bank-bank di sana. Banyak cawangan bank ada di Greentown, mudahlah kerja saya.
Selesai saja, saya ke Klinik Kesihatan Greentown. Curi masa pejabat sikit sebenarnya dah alang-alang ada di kawasan tu. Sebelum tu sms dulu bos bagitau untuk elak masalah kalau dia cari saya nanti. Kenapa saya ke klinik?Niatnya nak buat ujian 'pap smear' selepas mendengar cerita Hazrati (kawan semakmal di USM). Seorang kakak Hazrati meninggal dunia akibat kanser dan mak cik saya pun ada seorang mengidap kanser rahim. Saya fikir dah kahwin ni boleh la saya buat ujian tu.
Lama juga saya tunggu giliran jumpa doktor, sempat satu majalah Infiniti saya habis baca. Biasalah klinik kerajaan, mcam-macam jenis orang dengan macam-macam penyakit ada. Sampai giliran, saya berjumpa seorang doktor perempuan berbangsa Cina. Saya ditanya tujuan nak buat ujian. Alasan yang saya bagi, sebab dah kahwin dan kitaran haid tidak teratur. Doktor tu pegang dan tekan-tekan bahagian bawah perut. "U check dulu dan confirmkan u tak pregnant, then i buat surat refer pakar di hospital besar." Terus saya jawab, "Saya tak pregnant doktor, confirm!"."U buat test dulu, kalau tak ujian pun tak boleh buat." Pulak. Tak terfikir pulak saya niat nak buat ujian 'pap smear' kena buat test pregnancy dulu. Mengandung? Lagila saya tak terfikir...
...bersambung...
**Ibu Yusuf**