Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Suntik antiparasit pada kucing

on Friday, November 23, 2012



16 Nov 2012 yang lalu selepas bercuti 6 hari di Pulau Pinang...kami bawa 5 ekor kucing ke Jabatan Haiwan Ipoh berdekatan dengan JPJ Ipoh...
Ramai juga manusia....
Semua kucing ni bersin, selsema, muntah, mata sakit berair...

Jadi Doktor hanya beri suntikan anti parasit dan ubat pil antibiotik sahaja...kenalah RM 25...

Yusuf pulak diam sahaja...tengok ja semua kucing yang datang ke pejabat haiwan.....

Muhammad Nuruddin Bashah





Kucing mama tu baby lagi..baru sebulan.  Ada empat ekor kesemuanya.  Cuma seekor ni dah dua kali muntah.  Pertama kali tu mama tak tengok sangat sebab muntah dia warna putih berketul ketul..mungkin muntah susu agaknya..kata hati mama..takda laa heran sangat..

Pagi tadi mama tengok dia muntah lagi..kesian dia.  Mama tengok dekat dekat dan terlihat ada benda bergerak gerak kat muntah dia tu.  Anak mama kata semut..mama tak puas hati.  Ambil lampu suluh,  suluh ke arah muntah.  Kelihatan cacing panjang lebih kurang dua inci sebesar mee hoon kering,  meliuk liuk..dua ekor kesemuanya..geli geleman mama tengok..

Biasalah..pelik sikit..buka cik google cari info.  Rupanya memang masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa mudarat kepada kucing.. alahai kesian kucing mama...

Mama terjumpa satu petua untuk merawat kucing di rumah,  beri kucing makan bawang putih.  Ambil 1/4 bawang putih dan kisar halus.  Jika kucing dewasa campur ke dalam makanan dia,  kalau baby..? mama ingat nak buat jus dan titik kat dalam mulut dia..cuba dahulu.  Kalau tak berkesan terpaksa hantar jumpa doktor..


Kebaikan bawang putih kepada kucing ialah menghapus cacing, menghapus parasit di dalam usus, menghilangkan kutu badan dan ubat sakit kulit..di sapu pada kulitnya yang bermasalah..Bila dah sembuh kena hentikan serta merta sebab kandungan N-Propyl Disulphide akan memusnahkan sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia..kurang darah laa tu..


Anak tompok kena infeksi mata....

on Sunday, November 4, 2012

6 ekor kucing saya kena infeksi pada mata....memang musim kucing kena infeksi ni....

Yang agak teruk yang paling kecik ni...anak Tompok....die kena pada mata kiri...infeksi mata sampai bersin...

Nak cari ubat dah suntuk masa (malam) loagi pun kedai haiwan sini tiada ubat macam tu..klinik haiwan jauh gila...

Jadi saya dan Wardah cuci 2 kali sehari dengan air suam dan air Bio Aura....

Pas tu saya buka mata die yang dah kering dengan taik mata..kelopak membengkak dan merah...saya bersihkan semua dan sapu minyak zaitun asli pada kelopak yang sakit dan sekitar luar mata untuk elak air mata membentuk taik mata semula...

Kesannya mata kucing ni tak tercantum balik....

Saya suntik 3-4 kali susu campur minyak zaitun....

Malam bagi makan makana separa pejal untuk anak kucing jenama whiskas...suap dia makan sikit...nak bagi lagi saya suntik air masak campur makanan kucing...buh 4 kali suntik juga....kenyang....

Dia masih menyusu tapi disebabkan mak die dok luar...kotor mata die senang kena infeksi lebih terus..saya letak dia di tandas belakang yang kering dan tak de orang guna....bersih..moga beliau sihat esok....


Ni gambar selepas dicuci mata dengan air suam, air bio aura dan minyak zaitun....

Muhammad Nuruddin Bashah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved