16 Nov 2012 yang lalu selepas bercuti 6 hari di Pulau Pinang...kami bawa 5 ekor kucing ke Jabatan Haiwan Ipoh berdekatan dengan JPJ Ipoh...
Ramai juga manusia....
Semua kucing ni bersin, selsema, muntah, mata sakit berair...
Jadi Doktor hanya beri suntikan anti parasit dan ubat pil antibiotik sahaja...kenalah RM 25...
Yusuf pulak diam sahaja...tengok ja semua kucing yang datang ke pejabat haiwan.....
Muhammad Nuruddin Bashah
mai baca artikel ni: http://akumama.blogspot.com/2012/05/kucing-muntah-cacing.html
Kucing mama tu baby lagi..baru sebulan. Ada empat ekor kesemuanya. Cuma seekor ni dah dua kali muntah. Pertama kali tu mama tak tengok sangat sebab muntah dia warna putih berketul ketul..mungkin muntah susu agaknya..kata hati mama..takda laa heran sangat..
Pagi tadi mama tengok dia muntah lagi..kesian dia. Mama tengok dekat dekat dan terlihat ada benda bergerak gerak kat muntah dia tu. Anak mama kata semut..mama tak puas hati. Ambil lampu suluh, suluh ke arah muntah. Kelihatan cacing panjang lebih kurang dua inci sebesar mee hoon kering, meliuk liuk..dua ekor kesemuanya..geli geleman mama tengok..
Biasalah..pelik sikit..buka cik google cari info. Rupanya memang masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa mudarat kepada kucing.. alahai kesian kucing mama...
Mama terjumpa satu petua untuk merawat kucing di rumah, beri kucing makan bawang putih. Ambil 1/4 bawang putih dan kisar halus. Jika kucing dewasa campur ke dalam makanan dia, kalau baby..? mama ingat nak buat jus dan titik kat dalam mulut dia..cuba dahulu. Kalau tak berkesan terpaksa hantar jumpa doktor..
Kebaikan bawang putih kepada kucing ialah menghapus cacing, menghapus parasit di dalam usus, menghilangkan kutu badan dan ubat sakit kulit..di sapu pada kulitnya yang bermasalah..Bila dah sembuh kena hentikan serta merta sebab kandungan N-Propyl Disulphide akan memusnahkan sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia..kurang darah laa tu..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.