Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Bekerja hari pertama selepas beraya memang malas tahap maksima

on Friday, August 24, 2012


Hari ini saya mula bekerja semula..tak ambik cuti lama sebab cuti tahun dah habis..maklumlah, isteri mengandung, bersalin, rawatan bayi dan sebagainya memerlukan cuti dihabiskan sekerapnya...

Pekerja tak ramai datang...tapi pelik..meeting buat juga..sembang kosong pun jalan ....janji gaji jalan...

Tadi berhari raya di rumah Ustaz Syukri di Sri Iskandar...beliau guru di SMK Lambor Kiri...

Esok beraya lagi....
 
100% bulan Syawal gunakan untuk ziarah menziarahi....

Muhammad Nuruddin Bashah

Polis kawal rumah sepanjang beraya

on Thursday, August 23, 2012


Baru balik dari Jitra..selepas beraya sakan...rumah tinggal 4 hari...

Sebelum balik saya memang dah daftarkan alamat rumah ke Balai Polis Pusing untuk rondaan polis...

Dalam hal ini saya tabik PDRM..sebab rumah di Kamunting dulu pun memang polis kawal dan ronda sepanjang kami bercuti (jiran maklumkan)...

Jika anda ingin bercuti berjumpalah polis di balai cakap elok2 dan tinggalkan nama, alamat, no tel dan senarai barang berharga dalam rumah...

Kebetulan semasa kami sampai di rumah tadi, polis sedang ronda dengan kereta kancil...sambil beramah mesra saya ucapkan terima kasih kerana mereka ingat untuk ronda di kawasan rumah saya....

Muhammad Nuruddin Bashah

Yusuf dan aku beraya


Bapak dan anak mana lagi comel?.....
Ni gambar pagi raya di Jitra....
Yusuf kata bapak, lepas kan aku..aku nak jalan kutip cukai raya....

Duit raya asalnya sedekah.. la dah jadi cukai....

Muhammad Nuruddin Bashah

Serban dan Hari raya


Dah lama saya tak pakai serban sejak meninggalkan alam kampus....Alhamdulillah, tahun ini raya pakai serban...Yusuf pulak dapat baju raya budak kecik paling kecik...he he

Wardah pakai jubah ja..... Janji cuba naikkan sunnah dalam berhari raya..Taqabbalallah minni wa minkum.....

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Yusuf letih beraya...ibu bapanya tidak mahu sia-siakan waktu raya

on Tuesday, August 21, 2012


Yusuf amat letih hari ini, dah la cuaca panas sangat walaupun hujan lebat pagi tadi di Jitra.

Pagi pergi kampung Abah di Gelam..

Tengahari makan KFC di Jitra (Yusuf tengok sahaja)..

Petang pergi beraya di rumah Ustazah Zaitol yang pernah mengajar saya di SMKA Al Mashoor Lelaki. Kemudian ke rumah Kak Mas, muallimah di Al Itqan Penang....tiap tahun, 2 rumah ni kami tak pernah tinggal datang beraya..

Maghrib rehat..Yusuf tertidur...

Malam ke rumah terbuka Effi atau nama sebenar Hafizah Tafarrudin, kawan baik sejak Sekolah Kebangsaan Genting dahulu....

Jumpa anak beliau yang berstatus 'istimewa'...jumpa dan doakan beliau sihat.....

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved