Showing posts with label Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Yusuf. Show all posts

Biskut Roti dengan Jem Kismis

on Wednesday, February 20, 2013

 Pertama kali saya buat resepi ini (kredit kepada Group Fb HSFFYB), saya menggunakan kurma. Masa tu Yusuf dah masuk 10 bulan. Kali ni, kurma tak ada, kismis pun boleh. Saya guna roti Gardenia putih atau Bran&WheatGerm Light Fibremeal (plastik oren-coklat). 

Cara buat jem:
*Rendam kurma/kismis dalam air panas (agak-agak tenggelam jer). Tujuannya nak bagi kurma/kismis tu kembang dan lembut sebelum di'blend'.
*Agak-agak dah lembut tu, buang kulit dan biji kurma. Kismis tak perlu. Masuk dalam blender (saya suka pakai blender kering unt proses semua makanan Yusuf), tambah air sikit saja, 'blend' sampai hancur.
*Jem dah siap! Lebihan jem boleh simpan dalam peti sejuk, guna esok-esok pula.

 Cara buat biskut roti:
Potong roti ikut suka. Saya potong panjang sebab senang Yusuf nak pegang. Nak pakai acuan bentuk-bentuk pun boleh..comel jer nampak kan..
Sapu jem pun ikut suka. Nak atas saja, atau bawah saja..atau atas bawah..

Bakar. Paling baik bakar dalam oven/microwave. Memang keras rangup. Kalau takda oven/microwave macam saya, bakar atas 'pan'/ kuali goreng ikan pun boleh. Tapi kena tengok selalu, takut hangit dan roti pun tak serangup yang bakar dalam oven/microwave..Tak apa, Yusuf pun tak penah tanya bakar pakai apa..haha. Dia tau ngap jer..

Simpan dalam bekas kedap udara, boleh bawa sebagai bekal masa jalan-jalan. Harini Yusuf bawa ke Taska sebab dia tak berapa lalu makan bubur akhir-akhir ni. Saya rasa dia nak belajar makan sendiri. Jadi, untuk permulaan, resepi ni yang terbaik..
Yusuf memang ghalit kalau dapat biskut roti ni..tengok video kat bawah..



**Ibu Yusuf**

Yusuf dan majlis ilmu..

on Friday, January 25, 2013





Ni gelagat Yusuf ketika kami bawa dia dengar kuliah Maghrib ayahnya di Masjid Tasek, 16 Jan yang lepas. 
Sesetengah ibu bapa bimbang untuk bawa anak tambah-tambah lagi bayi ke masjid, takut depa buat bising atau menangis kan. Pada pendapat kami, berdasarkan pengalaman, lebih awal anak didedahkan dengan aktiviti masjid, lagi senang untuk kawal depa. Lagipun, masjid atau di majlis-masjlis ilmu kan banyak malaikat (lain lah pasar malam..). Mana tau, golongan ahli syurga ni seronok dikelilingi malaikat jadi depa tenang selalu..Wallahu'alam =)

Seingat saya, usia Yusuf 30 hari kami mula bawa dia ke kuliah Dhuha di Taman Che Wan. Boleh kata hadiah usia sebulan Yusuf. Yusuf ambil pahala ahli lelap sebabnya, dia tidoq sampai habis kuliah..hehe. Bulan Ramadhan kami bawa dia tarawikh di masjid. Masa tu di Masjid Panglima Kinta. Pada awalnya, risau juga, takut dia menangis tengah-tengah orang solat. Kami tawakkal, ingat tempat yang dituju tu rumah Allah. Bentang selimut, biar je dia telentang kat sebelah sementara saya solat. Dalam kereta bagi susu siap-siap sampai kenyang. Alhamdulillah, jarang sangat dia meragam. Kami pun dah tak risau lagi.


  Masa ni usia Yusuf 3 bulan. Kadang-kadang ada pula yang sukarela nak tolong tengokkan dia..hehe. Ni kakak Fatin di Surau Taman Seri Raia.

 Yusuf beraksi bebas di Masjid Ipoh..Yusuf 5 bulan.

 Sedap lena dalam surau ni sebab ada 'ekon' Yusuf kata..





Di Masjid Tasek lagi..Yusuf 8 bulan.


 Saya sangat sukakan suasana sekarang, berkereta satu keluarga ke mana-mana sahaja. Dulu kami berdua, sekarang ada Yusuf lagilah seronok. 

Syukur pada Allah...atas nikmat yang diberi-peluang hadir di majlis ilmu dan masa bersama keluarga..


**Ibu Yusuf**





Sayang Yusuf!

on Tuesday, January 15, 2013




Abah dan Mama naik pangkat dengan kehadiran Yusuf  (*_*)
 

Kami dua pun naik pangkat juga..Yusuf baru 3 hari masa ni ('_')


**Ibu Yusuf**

Yusuf dan baju sejuk merah..















Baju sejuk kait ni Tok Mama bagi kat Yusuf..asalnya ibu pakai masa kecik-kecik dulu..jadi dah 2 generasi, baju ni elok lagi untuk dipakai..kali ni Yusuf pakai masa beli barang di Tesco Station 18. T-shirt yang Yusuf pakai lengan pendek, elok la pakai baju ni kat luar..


Masa kecik dulu, Abah, Mama dan saya tinggal di Kuantan. Abah kerja di Politeknik Kuantan, sebab tu dari 5 orang adik beradik, saya seorang (anak sulung) lahir di sana..Masa tu hidup tak senang sangat Mama cerita..Abah ada motor saja. Jadi tiap kali balik kampung di Alor Setar, kami 3 beranak naik bas ekspres..cerita dalam bas lain pula..lagi macam2..Baju sejuk merah ni Mama bagi saya pakai sebab dalam bas kan sejuk..

Bila tengok Yusuf pakai baju ni, terbayang masa saya kecik dulu..mungkin dalam umur ni juga saya pakai baju yang sama..

Dengan mengingati perkara yang lepas, kita akan lebih kenal diri kita yang sekarang kan..

Terima kasih Allah atas nikmat ini..hidup dikelilingi orang yang tersayang..


**Ibu Yusuf**


Yusuf di Masjid Kg Gajah

on Friday, December 28, 2012

 
Pada 19hb yang lepas, kami ke Masjid Lama Kg Gajah untuk ikut serta program 'roadshow' Aman Patani. Semasa di masjid, budak perempuan dalam gambar di atas (terlupa tanya nama) minta Yusuf untuk didukung. Rupanya dia suka sangat kat Yusuf. Adik bongsunya lelaki juga tapi baru berumur 6 bulan.

 
Sanggup dukung Yusuf ke depan ke belakang masa Yusuf mula merengek tak mau duduk diam.


 
Tengok, kemaih betul dia pegang Yusuf. Boleh jadi calon bibik nih..kih2.
Mesti dia rajin tolong mak jaga adik kat umah kan..
 
 
 
**Ibu Yusuf**

Saya suka Anmum!

on Tuesday, December 18, 2012

 
Saya sangat suka Anmum! Hehe...kenapa? Boleh agak kan?
 
Dah lama saya amalkan minum susu Anmum ni..segelas setiap hari. Masa mengandung, Anmum Materna dan sekarang Anmum Lacta..
Saya bukanlah penggemar tegar susu tapi memikirkan kebaikan yang bakal Yusuf dapat, saya paksa diri untuk minum.
Sejak tahu kehadiran Yusuf (3 bulan dalam kandungan), terus kami beli susu ni dan saya amalkan hingga kini.
 
Bulan lepas saya sertai AnmumClub dan tengoklah apa yang mereka hantar pada saya..
Reaksi saya-gelak saja..saya sangat suka hadiah (ala-ala misteri sebab tak tau kan apa yang depa nak bagi)..hehe

 
Tadaa! Hias sendiri....siap untuk tampal dalam kereta..
 
 
 
 
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 

Softbook Yusuf..

on Tuesday, December 4, 2012

 
'Softbook' yang Yusuf idam-idamkan sekian lama akhirnya berjaya dimiliki..yey!
Sebenarnya, ibu dan ayah dia yang teringin sangat tu..hehe..
 
Terima kasih Tok..Yusuf suka sangat buku ni..
ada banyak warna, ada lekat-lekat..
sambil baca, boleh gigit-gigit..yang tu paling best!

 
1 slice for you, 1 slice for me..
Kalau bukan pizza pun Yusuf memang suka buh semua dalam mulut..

 
Talaqqi kitab 'Count and Play'..hehe
 
 
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 

Yusuf dan muzik..


 

 
Yusuf dah tau kot kompang dan gendang ni sejenis alat muzik ketuk..setiap kali dapat kompang atau dekat dengan gendang Turki, dia akan ketuk..
 
Ketuk lah Yusuf..ni pelajaran awal Yusuf..dah biasa nanti mesti Yusuf dah tak sakit tangan..
 
Besar sikit nanti, ayah Yusuf ajar rentak pula, ok..yang ibu tau ada rentak Masri, Inang, Zapin (ini pun ayah Yusuf yang ajar ibu..hehe)
 
Semoga Yusuf mewarisi bakat seni muzik ayahnya..kalaupun Yusuf tak ada bakat semulajadi, ibu harap Yusuf boleh belajar sampai mahir. Tok guru utamanya mestilah ayahnya sendiri..
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 
#Muhammad Nuruddin/ayah Yusuf ada juga sediakan perkhidmatan jurulatih untuk mengajar nasyid dan bermain alat perkusi sekitar Ipoh. Bagi yang berminat bolehlah hubungi beliau ye-0176291368. 

Yusuf dan troli Giant

on Wednesday, November 28, 2012

 
Cuti sempena Awal Muharram dan Hari Deepavali yang lalu kami balik kampung Balik Pulau.
 
Tok dan Mak Su Jannah beli 'walker' untuk Yusuf. Ketika di Giant Bayan Baru, kami cuba bagi Yusuf duduk dalam troli barang ni sebab Yusuf dah boleh duduk tegak di rumah..nampaknya Yusuf lulus ujian..hehe. Lepas ni tak payah dah tolak Yusuf dalam 'stroller' bila beli barang di Tesco/Giant.



 
 
Yusuf penat dan mengantuk..baru lepas cuba 'walker' yang dipamerkan..naik macam dah beli, ke sana sini tak hirau orang..
 
 
**Ibu Yusuf**

Kaedah buat puri

on Saturday, November 24, 2012

Kalau tanya Haji Google tentang cara buat puri, mesti jumpa punya..ramai golongan ibu khasnya yang suka berkongsi maklumat tentang topik ni..
Kali ni kita tengok macam mana ibu Yusuf buat..teruja sangat sampai barang dan periuk semua dah siap letak atas meja makan 2 hari sebelum Yusuf genap 6 bulan..haha
 
 
 
Tak susah kan? Buah-buah yang lembut seperti pisang, betik, avocado tak perlu kukus/rebus..lenyek je, dah boleh makan..buah lain, kukus sekejap untuk lembutkan..nanti mudah nak kisar halus..
 
Saya sediakan puri ni setiap hari sebelum makan tengah hari..buat siap-siap untuk 2 kali makan..separuh makan tengah hari, separuh lagi masuk dalam peti ais..sejam sebelum makan petang saya keluarkan..dah hilang rasa sejuk puri tu baru suap kat Yusuf..

 
Ni antara gambar awal Yusuf mula makan puri pear..gambar ke4 tu jarang-jarang berlaku..hehe
 
 
**Ibu Yusuf**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved