Kalau tanya Haji Google tentang cara buat puri, mesti jumpa punya..ramai golongan ibu khasnya yang suka berkongsi maklumat tentang topik ni..
Kali ni kita tengok macam mana ibu Yusuf buat..teruja sangat sampai barang dan periuk semua dah siap letak atas meja makan 2 hari sebelum Yusuf genap 6 bulan..haha
Tak susah kan? Buah-buah yang lembut seperti pisang, betik, avocado tak perlu kukus/rebus..lenyek je, dah boleh makan..buah lain, kukus sekejap untuk lembutkan..nanti mudah nak kisar halus..
Saya sediakan puri ni setiap hari sebelum makan tengah hari..buat siap-siap untuk 2 kali makan..separuh makan tengah hari, separuh lagi masuk dalam peti ais..sejam sebelum makan petang saya keluarkan..dah hilang rasa sejuk puri tu baru suap kat Yusuf..
Ni antara gambar awal Yusuf mula makan puri pear..gambar ke4 tu jarang-jarang berlaku..hehe
**Ibu Yusuf**
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.