Pada Cuti Hari Malaysia yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah sambil rendam kaki di Kolam Air Panas Ulu Legong.
Kami dari Jitra, manakala mak sekeluarga dari Penang mai ikut lebuhraya BKE ke Baling...Kami ikut Gurung Jeniang dan Sik...
Bagus juga sekali-sekala rendam dalam air panas berubat ini.
Diriwayatkan pada suatu ketika dahulu, nenda Sultan Abdul
Halim iaitu Sultan Abdul Hamid telah berkenan untuk berkunjung dan bersiram di
Kolam Air Panas Kampung Ulu Legong ini.
Justeru, penduduk kampung telah bergotong-royong membina
kolam berbentuk segi empat daripada simen. Bahan-bahan binaan itu telah
diangkut masuk ke kawasan berkenaan menggunakan gajah.
Bagaimanapun, tentera Jepun sekitar tahun 1940-an telah
menjadikan persekitaran Kampung Ulu Legong sebagai salah satu kawasan operasi
tentera yang merupakan laluan masuk dari Thailand. Sekitar tahun 1970-an pula
ia digunakan sebagai markas operasi tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia
untuk memburu anggota komunis.
Air panas yang keluar dari sumber air panas di dunia
biasanya mengandung mineral tinggi, seperti kalsium, belerang, litium, dan
radium yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, khususnya penyakit
kulit.
Begitupun Air panas ini, yang meskipun tak mengandung
belerang, dipercaya dapat menyembuhkan
beberapa penyakit seperti eksim atau gatal-gatal.
Muhammad Yusuf teruja tapi takkan nak rendam dia pulak kan...
Muhammad Nuruddin Bashah