Bersambung kisah kelahiran Yusuf...
Selepas dibawa ke hospital dan diperiksa, pada petang 5 April 2012, Doktor kata belum sedia bersalin..mungkin esok...
Esoknya, 6 April 2012, apabila saya telefon tanya nak makan nasi lemak atau tidak (saya nak bawa balik), Wardah mengadu sakit setiap setengah jam. Sah, itu tanda contraction...
Saya segera suruh dia makan sarapan bijirin, minum siap-siap dan mandi siap-siap (walaupun ada petua kata tak boleh mandi sebelum bersalin)...
Selepas ke Hospital Besar Ipoh, beliau ditahan terus....
Saya releks ja..cuma saya terpaksa tinggal solat Jumaat sebab saya nak teman beliau dalam dewan bersalin.
Dari dewan ABC iaitu bilik menunggu contraction, saya dah siap menunggu Wardah, berzikir sambil bagi minum air zam-zam. Milo kotak yang saya seludup masuk pun nurse tak bagi minum takut muntah....darah dah start keluar lebih banyak dari semalam....Wardah kerap nak buang air kecil lagi..saya pimpin dia ke bilik air...
Bila dah sakit makin kerap, beliau masuk ke dewan bersalin pada 4.45 petang...air ketuban dipecahkan dan selepas tu baru saya dibenarkan masuk semula...
Doktor kata mungkin pukul 7 bersalin..saya tak percaya...biasalah saya memang payah nak percaya dalam hal -hal macam ni...
Saya panggil doktor masuk semula pada jam hampir 5 petang bila Wardah mengadu sakit kerap dan rasa baby nak keluar...Nurse yang berpengalaman cakap dah sedia bersalin!Nampak! Kalau saya tiada di situ ntah macam mana....bilik tu Wardah seorang sahaja duduk....
Sepanjang bersalin, saya yang tolong kira pernafasan, tarik nafas dan push hampir 8 kali juga....Yusuf selamat menunjukkan jambul rambutnya.....
Akhirnya dia selamat dikeluarkan..macam ikan letak atas meja masa dikeluarkan.....
Terus saya azan....dengan kuat siap lagu Nahwand....Nurse kata sedap...
Cerita azan ni saya akan cerita dalam ruangan lain....