SMS di suatu hari..
Ibu: Buka puasa kat Tesco ni.nak tengok mainan dia lg.xtau lg ada dak yg brkenan..huhu
Tok mama : Jangan beli penguin dah la..
Ibu: Ha, mama dh beli penguin ka? kantoi..haha..
Saya masih ingat permainan ni sebab masa kecil dulu, mama & abah pernah beli untuk saya. Dahulu, relnya berwarna merah dan muziknya berlainan. Mama kata lagu pop ye ye..huhu. Malangnya permainan ini tidak sempat diturunkan kepada adik yang kelima (Pak Su) kerana telah rosak. Kali terakhir melihatnya, hanya serpihan rel dan bahagian tangga yang rosak yang tinggal.
Sebuah blog pernah menyenaraikan permainan penguin ini sebagai salah satu barang nostalgia. Saya sangat setuju dengan pernyataan tersebut..
Raya tahun ini saya berjumpa semula dengan permainan penguin ini..selepas mama membelinya lagi buat kali kedua selepas 27 tahun..kali ini bukan untuk saya, tetapi untuk cucu kesayangannya..
Terima kasih mama..terima kasih juga che ah (Mak Teh) yang pusing satu Jitra katanya mencari mainan yang dihajati mama..Yusuf sayang Tok Mama & Mak Teh..
**Ibu Yusuf**