Haha..betul ke?
Jumpa saja perkataan 'thesis' ni, saya teringat semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang pengajian di USM dahulu.
Perkara yang saya tak akan lupa-tanggal 13 Oktober 2011 (Khamis) adalah sesi pembentangan tesis Ijazah Sarjana (Mikrobiologi) saya di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM. Alhamdulillah, 'viva voce' berjalan lancar dan saya lulus dengan baik (selain lulus, pemeriksa boleh juga beri keputusan gagal dan perlu mengulang kajian). Rasa sangat lega sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik viva.
Petang hari yang sama saya keluar ke kompleks membeli belah Bukit Jambul bersama rakan-rakan semakmal. Saja-saja saya timbang berat di mesin penimbang 20 sen. Aih, dah 65 kg?Berat rupanya aku ni. Kali terakhir timbang sebelum kahwin, baru 55 kg. Saya gelak sahaja..maklumlah, lepas kahwin tak pernah timbang berat. Jadi, saya sangkakan 65 kg tu normal selepas kahwin.
Rupa-rupanya, itu petanda awal untuk berita gembira kedua dan semestinya tidak disangka-sangka.
17 Oktober 2011-sah saya hamil! Panjang ceritanya..huhu.
18 Oktober 2011-semasa daftar buku merah, memang 'confirm' berat saya dah 65.6 kg. Berat 2 orang rupanya..Semasa 'scan', orang kedua tu dah 12 minggu 2 hari membesar dalam rahim saya tanpa saya sedar kehadirannya..
Syukur pada Allah, 'double joy' dalam masa seminggu! Saya yakin percaturan Allah itu sangat cantik, rezeki ilmu dan anak itu hadir tepat pada masanya..
T.H.E.S.I.S-True Happiness Started Since It Ended..hehe
**Ibu Yusuf**