Rakyat mahu negara aman..jangan manipulasi statistik jenayah

on Thursday, August 23, 2012


Rakyat malaysia mahukan negara dan negeri yang aman. Ini adalah nikmat terbesar berbanding bantuan RM500, baucer buku, klinik atau kemudahan hiburan....


Muhammad Nuruddin Bashah


KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah

Harakahdaily,23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

"Dakwaan tersebut sangat serius kerana ia menimbulkan keraguan kepada integriti perangkaan rasmi, dan seterusnya integriti Menteri Dalam Negeri, Pemandu dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)," kata mereka.

Mengikut surat 'Sumun Osram', jenayah yang dimanipulasi termasuk:

(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Perangkaan rasmi hanya mengandungi jenayah indeks sahaja iaitu jenayah yang dilaporkan pada kadar kekerapan yang signifikan.

Jenayah bukan Indeks pula merupakan kes-kes kecil yang tidak berlaku secara kerap.

"Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala untuk mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran," tegas mereka.

Yusuf ke Mydin lepas balik raya Kedah


Dengan selimut lembu dan kereta sorong dia...dia mai ke Mydin dengan gayanya...
Pastilah dengan diiringi ibu dan ayahnya juga.. he he....

Kami beli makanan kucing dan susu UHT untuk kucing-kucing di rumah makan kenyang2 sesampai di rumah nanti ..dah 4 hari bercuti, ntah apa depa makan...

Muhammad Nuruddin Bashah

Gulai ikan di pagi raya..mana dapat beb!


Ini mama Wardah merangkap mak mertua saya yang sedang mendukung Yusuf, cucu sulung yang amat ditaksub oleh beliau...

Pagi raya pertama yang lalu, dia buat gulai ikan temenung kecik kesukaan saya..tiap kali balik Jitra mesti dia buat gulai ikan...tak pun, ayam masak sambal kering yang lazat...

Bayangkan pagi raya pun dia buat jugak...saya terkejut ... disebabkan saya bersarapan nasi, saya terus makan 3 ekor ikan gulai pagi itu...Terima kasih mama yang memahami menantumu ini....

Gulai mama sedap....

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Yusuf dan pampers 1 Malaysia


Semalam, sampai sahaja di Ipoh dari Jitra, saya terus bawa Wardah dan Yusuf ke Mydin di Taman Meru, Ipoh.

Saja nak cuba beli pampers jenama 1 Malaysia. 10 keping baru RM 3.50..kalau Pet-pet 4 keping RM 5.10.

Bila balik saya terus periksa tengok...

Pertama dia tak ada getah/anjal pada keliling pinggang (tak sesuai pakai lama)..

Kedua, alas serapan pada tengahnya tak tebal untuk takung air kencing...rata ja dari belakang hingga depan....maknanya tidak sesuai pakai lama juga...

Ketiga, plastik luarnya berbunyi kuat bila Yusuf banyak bergerak..

Apa pun Yusuf hanya pakai disposable diapers (DD) bila dalam perjalanan jauh untuk mudahkan ibu dia. Dia selalu kami pakaikan cloth diapers (CD) iaitu diapers kain yang boleh basuh, keringkan dan pakai semula...sehelai RM 18-30 sahaja...

Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang

Yatt Hamzah..hijrah anda dialu-alukan


Baru-baru ini ada tengok dalam TV pengakuan hijrahnya Yatt Hamzah ke arah dunia menutup aurat..inilah dunia yang terbaik Yatt..
tahniah diucapkan..

Sekarang puluhan artis mulai sedar bahawa Allah juga memerhatikan mereka di dunia artis...

Dalam posting akan datang saya akan masukkan semua gambar2 artis yang telah berhijrah ke arah kebaikan...

Muhammad Nuruddin Bashah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved