Semalam, sampai sahaja di Ipoh dari Jitra, saya terus bawa Wardah dan Yusuf ke Mydin di Taman Meru, Ipoh.
Saja nak cuba beli pampers jenama 1 Malaysia. 10 keping baru RM 3.50..kalau Pet-pet 4 keping RM 5.10.
Bila balik saya terus periksa tengok...
Pertama dia tak ada getah/anjal pada keliling pinggang (tak sesuai pakai lama)..
Kedua, alas serapan pada tengahnya tak tebal untuk takung air kencing...rata ja dari belakang hingga depan....maknanya tidak sesuai pakai lama juga...
Ketiga, plastik luarnya berbunyi kuat bila Yusuf banyak bergerak..
Apa pun Yusuf hanya pakai disposable diapers (DD) bila dalam perjalanan jauh untuk mudahkan ibu dia. Dia selalu kami pakaikan cloth diapers (CD) iaitu diapers kain yang boleh basuh, keringkan dan pakai semula...sehelai RM 18-30 sahaja...
Muhammad Nuruddin Bashah
Nuffnang
{ 1 comments... read them below or add one }
errkkk, bagi pakai lampin sudah hehehe macam kita dulu kecik-kecik mak bagi pakai tu. Tapi kena ada skill lipat-melipatnya.
August 23, 2012 at 8:22 PM
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.