Melatih anak Ustaz Radzi bermain percussion

on Monday, December 17, 2012



Sabtu lepas, 15 Disember 2012.... 

Saya mengajar latihan asas bermain alat percussion di rumah Ustaz Radzi Zainon (mentor saya).
Anak die semua semangat nak belajar dan Alhamdulillah ada bakat.

Yusuf pun asyik melihat abang-abang dia berlatih...

Anak perempuan bongsu Ustaz Radzi nampak seronok bermian dengan Yusuf, siap bagi gambar kucing lagi..paling tak tahan dia picit pipi montel Yusuf.... 

Cara saya hargai khidmat seorang pendakwah seperti Ustaz Radzi ini adalah dengan memberi latihan kepada anak die. Ada orang bagi buah, bagi duit, bagi makanan, saya bagi ilmu main muzik....

Sesiapa nak khidmat latihan di sekolah-sekolah boleh je hubungi saya : 017 6291368

Muhammad Nuruddin Bashah







Pakaian pengantin yang cukup kami respek..

on Friday, December 14, 2012


Kenduri ini di Taman Rapat Setia tempat kami selalu bermesyuarat...

Warah tulis: 
Gembira dapat jumpa pengantin baru Fairuz Liyana..rupa-rupanya pengantin lelaki adalah abang Mar Tulip Biru yang saya kenal di Kohalal tahun lepas..kecilnya dunia. Sejuk mata melihat busana pengantin-ringkas tapi menarik. Yang paling penting-patuh syariat ;) Buat pengantin-Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan =)

Saya Tulis :
Saya paling kagum dengan keserderhanaan dan pakaian pengantin yang amat cocok dengan syariat. Kira bertuah juga saya dan isteri dulu merancang untuk berpakaian pengantin cocok dengan syariat, murah, sedap mata memandang, mekap oleh ahli keluarga sendiri (kenduri di Jitra) dan buat sendiri (kenduri di Balik Pulau), tak payah mak andam yang pasti mencocok kita untuk berbulu mata palsu dan sebagainya (Wardah belajar sebelum dia nikah) dan tiada unsur agama lain..walaupun pakaian kami lebih kemelayuan berbanding Ustaz ini yang lebih ke araban. Apa pun yang penting menutup aurat dan tidak melampau batas.

Muhammad Nuruddin Bashah


Yeye!Tok Mama, Tok Wan, Pak Su mai rumah!

 
Yusuf : Tengok ni Tok, skill baru..nak dengaq 'live' punya, mai la jalan sini..
Yusuf ketuk gendang depan Tok Ma (dalam skype)..hehe.

 
Dalam kereta nak pi melawat Muzium Pasir Salak dan rumah Abg Maghribi..Nasib baik mood Yusuf elok arini..Seronok dia, ada Tok Ma, Tok Wan, Pak Su. Depa mai rumah petang Isnin, dari Jitra..rindu sangat kat Yusuf ler tuu..
 
Masa Yusuf tak da lagi (tak mengandung pun lagi masa tu), kami dah pernah pi muzium ni berdua..Kali ni ayah Yusuf tak ikut sebab kerja..

 
Lega rasanya, Yusuf kata. Dia lepas hajat dalam kereta Tok Wan..huu. Sampai muzium cari tandas dulu la..

 
Kami depan Muzium Pasir Salak..

 
Masa makan tengah hari..Tok Mama suap..
bubur nasi campur keledek dan ikan bilis..habis setengah bekas makanan tu Yusuf makan.
Kena pulak angin sepoi-sepoi gitu makan kat luar..huish..ibu yang tengok pun rasa nak makan.

 
Yusuf teman Tok Abah/Tok Wan pi Tesco Pengkalan cari barang apa ntah..

 
Back to normal..
Lepas Tok Ma, Tok Abah dan Pak Su balik, Yusuf kembali bermain depan pintu sambil sembang dengan kucing 7 ekor yang kami bela..
 
 
**Ibu Yusuf**

Teristimewa..

on Wednesday, December 5, 2012



 
Wira-wiraku =)
 
 
**Wirawati**
 
(kih2..)

Softbook Yusuf..

on Tuesday, December 4, 2012

 
'Softbook' yang Yusuf idam-idamkan sekian lama akhirnya berjaya dimiliki..yey!
Sebenarnya, ibu dan ayah dia yang teringin sangat tu..hehe..
 
Terima kasih Tok..Yusuf suka sangat buku ni..
ada banyak warna, ada lekat-lekat..
sambil baca, boleh gigit-gigit..yang tu paling best!

 
1 slice for you, 1 slice for me..
Kalau bukan pizza pun Yusuf memang suka buh semua dalam mulut..

 
Talaqqi kitab 'Count and Play'..hehe
 
 
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved