Softbook Yusuf..

on Tuesday, December 4, 2012

 
'Softbook' yang Yusuf idam-idamkan sekian lama akhirnya berjaya dimiliki..yey!
Sebenarnya, ibu dan ayah dia yang teringin sangat tu..hehe..
 
Terima kasih Tok..Yusuf suka sangat buku ni..
ada banyak warna, ada lekat-lekat..
sambil baca, boleh gigit-gigit..yang tu paling best!

 
1 slice for you, 1 slice for me..
Kalau bukan pizza pun Yusuf memang suka buh semua dalam mulut..

 
Talaqqi kitab 'Count and Play'..hehe
 
 
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 

Yusuf dan muzik..


 

 
Yusuf dah tau kot kompang dan gendang ni sejenis alat muzik ketuk..setiap kali dapat kompang atau dekat dengan gendang Turki, dia akan ketuk..
 
Ketuk lah Yusuf..ni pelajaran awal Yusuf..dah biasa nanti mesti Yusuf dah tak sakit tangan..
 
Besar sikit nanti, ayah Yusuf ajar rentak pula, ok..yang ibu tau ada rentak Masri, Inang, Zapin (ini pun ayah Yusuf yang ajar ibu..hehe)
 
Semoga Yusuf mewarisi bakat seni muzik ayahnya..kalaupun Yusuf tak ada bakat semulajadi, ibu harap Yusuf boleh belajar sampai mahir. Tok guru utamanya mestilah ayahnya sendiri..
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 
#Muhammad Nuruddin/ayah Yusuf ada juga sediakan perkhidmatan jurulatih untuk mengajar nasyid dan bermain alat perkusi sekitar Ipoh. Bagi yang berminat bolehlah hubungi beliau ye-0176291368. 

Kenduri Ayuni (anak Makcik Roziah)

on Monday, December 3, 2012





Sabtu yang lalu 1 Disember 2012, saya menyertai rombongan pengantin Ayuni Binti Rejab dengan pasangannya Paiz ke kampung Paiz di Felcra Seberang Perak Kg Gajah. 

Secara peribadi saya suka suasana kampung di sekitar Kg Gajah dan Pasir Salak...ada kelainan. Begitu juga suasana Changkat Jering..ada kelainan juga....

Yusuf pun jadi satu-satunya peserta rombongan termuda......

Makanan sedap, meriah dengan kompang..(saya suka permainan kompang atau muzik melayu asli)..baru tampil jati bangsa....

Moga Allah rahmati keluarga Makcik Roziah Omar (ibu Ayuni) dan anak-anaknya. 

















Yusuf demam...

on Saturday, December 1, 2012


Isyak semalam 29 Nov Yusuf panas....Ibu die check suhu Yusuf dah 38 darjah! Dia demam..

Ini pertama kali Yusuf demam..sebelum ni panas badan sekejap kerana suhu rumah Doktor kata..kali ni demam...
Kami demah kepala dan badan die...bubuh cool fever ke dahi die...dua keping tukar suhu masih tinggi....

Bila subuh...badan Yusuf jadi 39 darjah...terus saya ajak Wardah ke hospital Ipoh (saya kurang berkenan dengan Hospital batu Gajah)

Di Ipoh terus pembantu perubatan sumbat ubat dalam punggung Yusuf....dia tenang sikit...kira-kira 7 pagi dah time tu....saya terus mesej manager tak datang kerja separuh hari....anak nombor 1...

Doktor bagi paracetamol sirap...kena bagi tiap 6 jam..Alhamdulillah Yusuf lagi kuat minum susu..mungkin sebab die panas....kalau tak minum tanda die sakit tekak atau bengkak tekak lagi bahaya...

Doktor kata kalau panas lagi bawa ke hospital semula.... selepas kena ubat punggung dan ubat makan..die main walker dengan lajunya dan ajak sembang kuat-kuat...saya terharu...barulah saya boleh pergi kerja....

Muhammad Nuruddin Bashah








Yusuf tak selesa....

on Thursday, November 29, 2012


Bayi cerdas ni macam faham bila orang baca Al Quran depan dia....harap2 dia suka hiburan sebegini. Tapi bila lama sangat mula kalih sini kalih sana....

Dua hari dia kuat merengek..saya ingat dia dah pandai nak merengek-rengek tanpa sebab...buat la macam-macam..menyanyi lah..bawa jalan lah...dukung lah...

Rupanya ibu dia perasan dah ada ruam lampin....merah...dia menangis bila basuh punggung...

Kesian..ayah tak tau...bila pujuk guna suara kuat dengan harapan dia akan senyap..rupanya dia sakit pedih...

Kami buh tepung ubi, krim ruam dan sapu sikit minyak kapak emas (dijampi) yang makcik dia jual....bagi selesa sikit...ada petua kata minyak kelapa dara..kami memang ada stok..ingat nak buh gak...minyak dan krim jadi pelincir/lapisan protektif lindung kulit daripada najis dan air kencing yang menyebabkan ruam....tepung ubi pula menyerap lembapan..jadi kombinasi semua ini akan mempercepatkan penyembuhan...tadi dia dah gelak2....dan senyum2....Ayah diapun gembira semula....

Muhammad Nuruddin Bashah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved