Yusuf di Masjid Kg Gajah

on Friday, December 28, 2012

 
Pada 19hb yang lepas, kami ke Masjid Lama Kg Gajah untuk ikut serta program 'roadshow' Aman Patani. Semasa di masjid, budak perempuan dalam gambar di atas (terlupa tanya nama) minta Yusuf untuk didukung. Rupanya dia suka sangat kat Yusuf. Adik bongsunya lelaki juga tapi baru berumur 6 bulan.

 
Sanggup dukung Yusuf ke depan ke belakang masa Yusuf mula merengek tak mau duduk diam.


 
Tengok, kemaih betul dia pegang Yusuf. Boleh jadi calon bibik nih..kih2.
Mesti dia rajin tolong mak jaga adik kat umah kan..
 
 
 
**Ibu Yusuf**

Aksi Yusuf..

on Tuesday, December 18, 2012

 
Yusuf dalam kereta...masa ni kami berhenti di RnR Sg Perak, dalam perjalanan ke Liqa' Fikr di Ayer Kuning..


 
Yusuf main 'sejuk-sejuk'..ha, game ni kami bertiga ja la yg tau..
 
 
**Ibu Yusuf**
 

Saya suka Anmum!

 
Saya sangat suka Anmum! Hehe...kenapa? Boleh agak kan?
 
Dah lama saya amalkan minum susu Anmum ni..segelas setiap hari. Masa mengandung, Anmum Materna dan sekarang Anmum Lacta..
Saya bukanlah penggemar tegar susu tapi memikirkan kebaikan yang bakal Yusuf dapat, saya paksa diri untuk minum.
Sejak tahu kehadiran Yusuf (3 bulan dalam kandungan), terus kami beli susu ni dan saya amalkan hingga kini.
 
Bulan lepas saya sertai AnmumClub dan tengoklah apa yang mereka hantar pada saya..
Reaksi saya-gelak saja..saya sangat suka hadiah (ala-ala misteri sebab tak tau kan apa yang depa nak bagi)..hehe

 
Tadaa! Hias sendiri....siap untuk tampal dalam kereta..
 
 
 
 
 
 
**Ibu Yusuf**
 
 

Melatih anak Ustaz Radzi bermain percussion

on Monday, December 17, 2012



Sabtu lepas, 15 Disember 2012.... 

Saya mengajar latihan asas bermain alat percussion di rumah Ustaz Radzi Zainon (mentor saya).
Anak die semua semangat nak belajar dan Alhamdulillah ada bakat.

Yusuf pun asyik melihat abang-abang dia berlatih...

Anak perempuan bongsu Ustaz Radzi nampak seronok bermian dengan Yusuf, siap bagi gambar kucing lagi..paling tak tahan dia picit pipi montel Yusuf.... 

Cara saya hargai khidmat seorang pendakwah seperti Ustaz Radzi ini adalah dengan memberi latihan kepada anak die. Ada orang bagi buah, bagi duit, bagi makanan, saya bagi ilmu main muzik....

Sesiapa nak khidmat latihan di sekolah-sekolah boleh je hubungi saya : 017 6291368

Muhammad Nuruddin Bashah







Pakaian pengantin yang cukup kami respek..

on Friday, December 14, 2012


Kenduri ini di Taman Rapat Setia tempat kami selalu bermesyuarat...

Warah tulis: 
Gembira dapat jumpa pengantin baru Fairuz Liyana..rupa-rupanya pengantin lelaki adalah abang Mar Tulip Biru yang saya kenal di Kohalal tahun lepas..kecilnya dunia. Sejuk mata melihat busana pengantin-ringkas tapi menarik. Yang paling penting-patuh syariat ;) Buat pengantin-Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan =)

Saya Tulis :
Saya paling kagum dengan keserderhanaan dan pakaian pengantin yang amat cocok dengan syariat. Kira bertuah juga saya dan isteri dulu merancang untuk berpakaian pengantin cocok dengan syariat, murah, sedap mata memandang, mekap oleh ahli keluarga sendiri (kenduri di Jitra) dan buat sendiri (kenduri di Balik Pulau), tak payah mak andam yang pasti mencocok kita untuk berbulu mata palsu dan sebagainya (Wardah belajar sebelum dia nikah) dan tiada unsur agama lain..walaupun pakaian kami lebih kemelayuan berbanding Ustaz ini yang lebih ke araban. Apa pun yang penting menutup aurat dan tidak melampau batas.

Muhammad Nuruddin Bashah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved