Kenapa perlu takut? Takut disertai dengan cemburu..MCA jelas laung akan pastikan tiada negara Islam tertegak di Malaysia....Mahathir tiada komen walauapun dulu beliau yang isytihar Malaysia negara Islam....
Anwar: Umno cemburu Pas-DAP akrab
21 Ogos 2012
PERMATANG PAUH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara Pas dan DAP.
Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum.
Ketua Umum PR melahirkan pendirian ini ketika ketiga-tiga anggota perikatan - PKR, DAP dan Pas berhadapan dengan serangan bertubi-tubi.
Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.