Tengahari Khamis (5 April 2012) saya pulang sekejap ke rumah untuk mengganti plug lampu di luar rumah yang telah rosak. Saya bawa bersama nasi lemak untuk Wardah yang ketika itu sarat mengandung. Selepas siap memasang plus lampu, Wardah beritahu ada tanda darah turun (petanda bersalin) walaupun tak ada rasa sakit langsung. Saya tiba-tiba menjadi super kelam kabut yang amat sangat....maklumlah tak pernah tahu macam mana nak urus hal kecemasan bersalin..
Malah beberapa bulan sebelum itu saya asyik berfikir bagaimana kalau aku tak sempat bawa Wardah ke hospital? Adakah dia akan bersalin dalam kereta? Atau ambulan? Macam dalam drama2 Melayu tu....
Saya memang tetap nak hantar beliau untuk diperiksa atau bersalin di Hospital Besar Ipoh...Sebabnya?
Pertama: ada banyak pakar
Kedua: saya tak percaya Hospital Daerah
Ketiga : Saya nak beliau pantang di Ipoh sebab tak ada bajet untuk ulang alik ke Jitra jika beliau pantang di rumah mak mertua saya..
Keempat : saya suka suasana Hospital Ipoh....
Bila diperiksa petang itu (saya ambil half day) Doktor kata bukaan tak cukup...Doktor suruh balik....nampak gaya Yusuf bakal lahir esok (Jumaat) nampaknya....
Akan bersambung lagi nanti........
Muhammad Nuruddin Bashah
{ 1 comments... read them below or add one }
dia macam pakjang dia nie haa masa nak lahir leh rileks dulu sehari baru keluar hehehe
August 22, 2012 at 12:30 AM
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.