Adakah Yusuf ingat hal ini semua?
Jam-jam pertama kelahiran amat kritikal, bayi perlukan kondisi 'perfect' untuk pertumbuhan otak yang rancak pada saat itu. Bayangkan bayi yang dibuang dalam tong sampah, dibuang tepi jalan, tidak mendapat susu dalam jam pertama malah mungkin 8 jam kemudian, digigit nyamuk!!, sakit, menjerit tanpa siapa perhatikan...
Akibatnya..mungkin bayi itu menjadi kurang akal kemudian kelak, jahat, atau ada masalah dari segi sikap kerana diri mereka telah gagal dibentuk pada jam pertama kelahiran....
Yusuf, anak-anak Rohingya tiada susu untuk diminum, kerbau dan lembu mereka dibunuh oleh etnik Rakhine...ibu mereka kekeringan susu, ibu mereka tiada makanan berkhasiat sepertimana ibu kamu dapat..
Tiada pil asid folik, tiada pil zat besi dan B kompleks....tiada semua itu Yusuf...
Tiada minyak zaitun untuk menambahkan susu si ibu...
Tiada minyak telon untuk mengubati kembung perut anak-anak Rohingya tau...
Tiada baju tebal dan pampers pakai buang untuk mereka...ruam di celah kelengkang hanya Allah yang tahu...
Yusuf, anak Rohingya ada yang mati kerana penyakit kuning dan cacing...Ya memang Yusuf dimasukkan ke wad untuk rawatan penyakit kuning...tetapi ada peralatan sempurna, ada lampu ultraviolet walaupun panas, ibu sentiasa bekalkan susu kepada Yusuf agar tidak dahaga tau...setiap setengah jam ibu berikan susu...ibu korban masa tidur...
Tapi anak-anak Rohingya..kalau kuning...tiada ubat..malah susu ibu yang perlu diberikan setengah jam sekali tidak mampu diberi oleh ibu Rohingya yang kering kontang...
Yusuf anak sulungku....kalau kembung perut kerana angin dan cacing..ibu Rohingya hanya menangis melihat anak mereka menderita, malah mati di riba mereka....
Tiada bumbung....mereka hanya tidur setiap hari di bawah payung hitam kecil sahaja...Yusuf ada rumah, ada bumbung...ada semua....bila panas, ibu sembur air...ayah timang dan hayun....tapi anak Rohingya?
Tahukah Yusuf betapa sejuknya tidur di luar tanpa bumbung dan dinding?..tahukah Yusuf berapa botol minyak telon yang diperlukan oleh anak Rohingya untuk menghilangkan kembung perut kerana mereka tiada rumah?
Yusuf...bersyukurlah kamu kerana kamu dilahirkan dalam keluarga dan suasana yang cukup peka dengan kamu...
Semasa Yusuf cedera mata kerana tercucuk dengan jari sendiri, ayah dan ibu bergegas ke Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan pakar!
Ya, Yusuf dirawat oleh doktor pakar bukan doktor biasa....dirawat sehingga sembuh...
Tapi anak Rohingya? tiada bantuan yang boleh dihulurkan...jalan laut ada tentera Myanmar menunggu, jalan sungai ada petugas sempadan Bangladesh yang bakal menembak, jalan darat ada 2-3 negeri dalam Myanmar yang akan menyekat...tiada terowong...orang Rohingya tidak kuat dan memiliki peralatan hebat seperti orang Gaza Palestin...
Banyak lagi nikmat Yusuf yang ayah nak ceritakan...Insya Allah dalam tulisan akan datang..
Muhammad Nuruddin Bashah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.