Doa Tambah Susu Ibu

on Saturday, August 25, 2012


Kawan saya di STF dulu, Zuraifah Anuar, berkongsi doa ini di facebook beliau.

Amalan lain yang boleh dilakukan (berdasarkan pengalaman) :
1. Minum susu. Saya minum Anmum Lacta segelas setiap hari.
2. Berzikir ketika menyusukan bayi.
3. Minum minyak zaitun satu camca besar setiap pagi sebelum makan. Pastikan minyak zaitun yang asli. Minyak yang diproses untuk minum tidak sama dengan yang digunakan untuk memasak. (Saya turut menjual minyak zaitun asli ini).
4. Amal pemakanan yang seimbang dan elakkan makanan yang tidak berkhasiat.


**Ibu Yusuf**

T.H.E.S.I.S & Double Joy!


Haha..betul ke?

Jumpa saja perkataan 'thesis' ni, saya teringat semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang pengajian di USM dahulu.

Perkara yang saya tak akan lupa-tanggal 13 Oktober 2011 (Khamis) adalah sesi pembentangan tesis Ijazah Sarjana (Mikrobiologi) saya di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM. Alhamdulillah, 'viva voce' berjalan lancar dan saya lulus dengan baik (selain lulus, pemeriksa boleh juga beri keputusan gagal dan perlu mengulang kajian). Rasa sangat lega sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik viva.

Petang hari yang sama saya keluar ke kompleks membeli belah Bukit Jambul bersama rakan-rakan semakmal. Saja-saja saya timbang berat di mesin penimbang 20 sen. Aih, dah 65 kg?Berat rupanya aku ni. Kali terakhir timbang sebelum kahwin, baru 55 kg. Saya gelak sahaja..maklumlah, lepas kahwin tak pernah timbang berat. Jadi, saya sangkakan 65 kg tu normal selepas kahwin.

Rupa-rupanya, itu petanda awal untuk berita gembira kedua dan semestinya tidak disangka-sangka.

17 Oktober 2011-sah saya hamil! Panjang ceritanya..huhu.

18 Oktober 2011-semasa daftar buku merah, memang 'confirm' berat saya dah 65.6 kg. Berat 2 orang rupanya..Semasa 'scan', orang kedua tu dah 12 minggu 2 hari membesar dalam rahim saya tanpa saya sedar kehadirannya..

Syukur pada Allah, 'double joy' dalam masa seminggu! Saya yakin percaturan Allah itu sangat cantik, rezeki ilmu dan anak itu hadir tepat pada masanya..

T.H.E.S.I.S-True Happiness Started Since It Ended..hehe

**Ibu Yusuf**


Yusuf tahu tak Bayi Rohingya tak sempurna macam kita?

on Friday, August 24, 2012

Bila kamu lahir...kamu diletak di atas tilam yang empuk, dipastikan menghirup oksigen yang cukup, dipastikan badanmu tidak terlalu panas atau sejuk malah sesegera mungkin ibu kamu telah berikan susu ke bibirmu...

Adakah Yusuf ingat hal ini semua?

Jam-jam pertama kelahiran amat kritikal, bayi perlukan kondisi 'perfect' untuk pertumbuhan otak yang rancak pada saat itu. Bayangkan bayi yang dibuang dalam tong sampah, dibuang tepi jalan, tidak mendapat susu dalam jam pertama malah mungkin 8 jam kemudian, digigit nyamuk!!, sakit, menjerit tanpa siapa perhatikan...



Akibatnya..mungkin bayi itu menjadi kurang akal kemudian kelak, jahat, atau ada masalah dari segi sikap kerana diri mereka telah gagal dibentuk pada jam pertama kelahiran....

Yusuf, anak-anak Rohingya tiada susu untuk diminum, kerbau dan lembu mereka dibunuh oleh etnik Rakhine...ibu mereka kekeringan susu, ibu mereka tiada makanan berkhasiat sepertimana ibu kamu dapat..


Tiada pil asid folik, tiada pil zat besi dan B kompleks....tiada semua itu Yusuf...

Tiada minyak zaitun untuk menambahkan susu si ibu...



Tiada minyak telon untuk mengubati kembung perut anak-anak Rohingya tau...

Tiada baju tebal dan pampers pakai buang untuk mereka...ruam di celah kelengkang hanya Allah yang tahu...



Yusuf, anak Rohingya ada yang mati kerana penyakit kuning dan cacing...Ya memang Yusuf dimasukkan ke wad untuk rawatan penyakit kuning...tetapi ada peralatan sempurna, ada lampu ultraviolet walaupun panas, ibu sentiasa bekalkan susu kepada Yusuf agar tidak dahaga tau...setiap setengah jam ibu berikan susu...ibu korban masa tidur...

Tapi anak-anak Rohingya..kalau kuning...tiada ubat..malah susu ibu yang perlu diberikan setengah jam sekali tidak mampu diberi oleh ibu Rohingya yang kering kontang...



Yusuf anak sulungku....kalau kembung perut kerana angin dan cacing..ibu Rohingya hanya menangis melihat anak mereka menderita, malah mati di riba mereka....

Tiada bumbung....mereka hanya tidur setiap hari di bawah payung hitam kecil sahaja...Yusuf ada rumah, ada bumbung...ada semua....bila panas, ibu sembur air...ayah timang dan hayun....tapi anak Rohingya?

Tahukah Yusuf betapa sejuknya tidur di luar tanpa bumbung dan dinding?..tahukah Yusuf berapa botol minyak telon yang diperlukan oleh anak Rohingya untuk menghilangkan kembung perut kerana mereka tiada rumah?

Yusuf...bersyukurlah kamu kerana kamu dilahirkan dalam keluarga dan suasana yang cukup peka dengan kamu...

Semasa Yusuf cedera mata kerana tercucuk dengan jari sendiri, ayah dan ibu bergegas ke Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan pakar!

Ya, Yusuf dirawat oleh doktor pakar bukan doktor biasa....dirawat sehingga sembuh...

Tapi anak Rohingya? tiada bantuan yang boleh dihulurkan...jalan laut ada tentera Myanmar menunggu, jalan sungai ada petugas sempadan Bangladesh yang bakal menembak, jalan darat ada 2-3 negeri dalam Myanmar yang akan menyekat...tiada terowong...orang Rohingya tidak kuat dan memiliki peralatan hebat seperti orang Gaza Palestin...

Banyak lagi nikmat Yusuf yang ayah nak ceritakan...Insya Allah dalam tulisan akan datang..

Muhammad Nuruddin Bashah

Janin serap kalsium ibu..kesian ibu-ibu

Janin mengumpulkan kalsium dari ibunya sekitar 25 sampai 30 mg sehari. Inilah fakta penting yang 

menghendaki ibu minum susu untuk mengelakkan masalah kesihatan ibu pula selepas melahir anak atau semasa menyusu kelak.

Sebab itu gigi mak saya hilang satu demi satu bilan mengandung kami dulu-dulu....



Saya tahu isteri hamil selepas beliau hamil 3 bulan!

Wardah tidak muntah, pening atau loya. Dia naik bas, naik motor macam biasa ke tempat kerja yang jauh dari rumah dalam keadaan hamil 1-3 bulan.

Suatu hari saya sengaja suruh beliau buat medical check up sebab beliau mengadu lenguh pinggang. Takut tulang tidak kuat. 

Barulah tahu beliau hamil selepas disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Greentown.

Balik saya beli lagi alat pemeriksa kehamilan dan sah, beliau hamil.

Saya pastikan beliau makan semua vitamin yang doktor beri. Malah saya minta doktor atau nurse berikan satu set vitamin juga untuk saya, serupa seperti yang Wardah dapat untuk memberi galakan kepada beliau.


Susu ANMUM tidak pernah dilupakan, malah disusuli dengan susu kambing, kurma, kismis, minyak kelapa dara dan sebagainya.

Alhamdulillah, kandungan sihat hari demi hari kerana pemakanan seimbang dan berkhasiat.

Senaman ibu mengandung pun dipraktikkan dan saya terus berusaha untuk dapatkan kereta VIVA Auto untuk memudahkan beliau memandu......kalau tak naik Kancil lah kami sampai tua....

Kami scan janin di klinik swasta di Batu Gajah, malangnya foto tak dapat dicetak, filem habis katanya...jantina semestinya tak tahu lagi....

Selepas kandungan berusia 6 bulan, nama diberi iaitu MUHAMMAD YUSUF kerana kami sering membaca surah Yusuf....

Bersambung lagi kisah Yusuf..






Muhammad Nuruddin Bashah 

Susu tepung 1 malaysia....sedap jugak


Semasa pergi Mydin baru-baru ini, kami beli susu tepung 1 Malaysia.
Saja nak rasa. Kandungan khasiat ada protein dan lemak sahaja, vitamin tak dinyatakan kandungannya.
Lagi pun memang hakikat susu tepung vitaminnya ditambah, bukan semulajadi...
Contohnya Nespray Cergas, vitaminnya kurang  berbanding Nespray Fortified yang ada asid folik dan sebagainya...

Rasa susu tepung 1 Malaysia ini sama sahaja dengan Nespray....Harga 600g adalah RM 10, manakala Nespray Cergas 300g lebih kurang  RM 7....

Muhammad Nuruddin Bashah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved