Imla' ilmu dari Pak Nyang

on Saturday, October 27, 2012


Pagi raya kedua Aidiladha bawa Pak Nyang (Dr Aziz Hanafi) makan sarapan..selalu bila balik ke Jitra, kami akan bawa beliau pergi sarapan di luar...kalau bukan kami, ada sahaja anak murid beliau akan buat temu janji nak bawa makan kat luar.

Sambil makan, apa lagi buka sesi mengaji....saya tanya macam-macam terutama perihal riwayat sanad hadis Ibnu Abbas kerana saya sedang mengkaji kitab Tafsir Ibnu Abbas jalur Al Fairuzzzabadi dan jalur sanad Ali Abi Talhah..alhamdulillah..kedua-dua kitab ini telah saya miliki.

Beliau juga imla' kan ilmu berkenaan peribadi Yazib bin Muawwiyah, siasah Ali yang disalahanggap, konspirasi Yahudi membina firqah taksub syiah yang mengakibatkan pembunuhan Ali, Hassan dan Hussin...keunggulan akhlak Hassan melepas wilayah khilafahnya kerana melihat kerendahan akhlak pengikutnya yang gila harta sedangkan beliau melihat kekuatan dan keutuhan pengikut Muawwiyah yang berjuang. Ternyata pihak yang berkonspirasi tidak suka Hassan berdamai dengan Muawwiyah maka diracunnya Hassan...

Banyak ilmu yang sempat saya ingat dan akan dijadikan kertas kerja....hanya menulis sahaja cara terbaik mendokumentasikan ilmu...
 
Semoga Allah panjangkan umur Pak Nyang...

Yusuf dengar kami bincang cuma dia tak faham...

Muhammad Nuruddin Bashah












Alam mainan Muhammad Yusuf....



Nak bawa ke Disneland..dah tu tempat Yahudi....nak beli alat mainan mahal2 duit pulak tarak...jadi kami beli ja apa mainan yang mampu dibeli....ada je jualan murah mainan kami pi....

Bila tengok Yusuf belek satu-satu mainan dia, rasa sebak pun ada....sebab tu ja kami mampu...ingat jugak beberapa kanak2 baru-baru ni dalam akhbar....bukan takat tiada mainan, malah lutut, sendi dan tengkorak kanak-kanak retak didera KEKASIH bapaibu sendiri (bersekedudukan)...untungnya Muhammad Yusuf..syukur Muhammad Yusuf....

Muhammad Yusuf dah pandai duduk tanpa bersandar..merangkak tak pandai lagi....
Moga Muhammad Yusuf sihat selalu dan hargai mainan yang kami beli....
Antara penyumbang mainan Yusuf adalah Tok mama, Tok (P.Pinang), Makcik Dayah, Maksu Jannah, Makcik Che Ah, Pakcik Acik dan isteri dan bapak kandung die sendiri....

Muhammad Nuruddin Bashah





Bulan puri/makanan separa pejal Yusuf!

on Monday, October 22, 2012


Alhamdulillah, Yusuf dah berusia 6 bulan (6hb lepas..hehe)! Masa untuk....
 
 
sukanya buat carta ni.. ('_')v
 
Antara carta makanan bayi yang menjadi rujukan ialah :
 

 
 
 


 
 
Ops, jangan lupa bincang dengan suami juga ye..supaya perancangan untuk anak selari. Jangan pula suami nak bagi A, kita nak bagi Z. Caca-merba pulak nanti..
 
**Ibu Yusuf**
 


Yusuf konvokesyen...

on Sunday, October 14, 2012




Muhammad Yusuf sedang beraksi dengan topi konvo Ibu dia...sebenarnya Wardah tak hadir majlis konvokesyen pun kerana beliau masih berpantang selepas melahirkan Yusuf. Tarikh konvo adalah 21 April...Yusuf lahir 6 April 2012...
Jadi Wardah hanya terima Ijazah Sarjana sahaja...jubah dan mortar tu beliau pinjam daripada sahabat semakmal dengannya iaitu Cik Hew Pui Yee...

Terima kasih ye Pui Yee...

Muhammad Nuruddin Bashah


Pui Yee sedang mendukung Muhammad Yusuf....beliau berkawan baik dengan Wardah sejak mereka belajar Sarjana Muda lagi....



Projek Kad Imbas (Flashcards) Yusuf

on Sunday, October 7, 2012

 
Lama tertangguh hajat nak buat 'flashcards' untuk Yusuf. Akhirnya semalam siap juga. Boleh kata hadiah buat Yusuf sempena umur dia 6 bulan. 'Handmade flashcards' senang saja nak buat.

 
Huruf Roman kerap sangat kita jumpa. Apa kata kita perkenalkan huruf Jawi/Arab dulu untuk anak-anak. Mulakan dengan huruf jawi berbaris atas (fathah) sebab sebutannya lebih 'mesra bayi'.


Dah siap, tampal di 'favourite spot' dan laluan anak setiap hari. Setiap kali lalu di depan kad, ajak anak tegur kad-kad ni. Baru saya teringat, boleh juga tampal di belakang tempat duduk hadapan dalam kereta (kalau 'baby car seat' berada di belakang). Untuk huruf yang sukar disebut seperti 'sod, dhod, tho, zho', boleh buat kad berasingan dan tunjuk pada anak semasa keluar berjalan dan sebagainya.

 

Kredit untuk http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html
dan FB Islamicparentingnetwork.


**Ibu Yusuf**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved