Harini usia Yusuf 5 bulan, 4 hari..
yang bestnya, Yusuf dah boleh meniarap sendiri!Alhamdulillah ;) Saya tengah lipat kain di hujung kaki Yusuf..saja-saja letak dia atas toto kat bawah. Lantai kan rata, tak macam atas tilam yang kadang-kadang tenggelam timbul..Saya tinggalkan Yusuf sekejap sebab ke dapur rebus ikan nak bagi kucing..masuk ja bilik, tengok-tengok dia dah meniarap! Yusuf menangis kejap sebab sebelah tangan dia lurus lagi, tak pandai bengkok ke depan. Lepas saya tolong, seronoklah dia..Yusuf meniarap tak sampai 5 minit, lepas tu dia menangis balik..huu. Apa lagi, susu jer la yang boleh pujuk. Tok mama Yusuf kata dia dok rasa terkejut lagi, pertama kali kan..
Ni gambar cubaan dulu-dulu yang tak berjaya. Tiap kali dia macam ni, saya suka bagi kata-kata semangat.."Go Yusuf Go!" "Yusuf boleh!" "Gagal sekali bukan selamanya" lah, macam-macam la..hehe
**Ibu Yusuf**
{ 2 comments... read them below or add one }
lepas kali pertama meniarap dia nagis sebab dia rasa berat kat dada dia biasalah kak wardah nanti dia dah boleh tampung berat badan dia xkan nagis dah
September 10, 2012 at 6:33 PM
betul tu....
September 13, 2012 at 1:27 PM
Post a Comment
Anda dipersilakan untuk komen disini dengan tidaak meletakkan sebarang link spam kecuali link back ke blog and sahaja.