Pengasuh di bangku sekolah..Tok Angkat Yusuf

on Thursday, November 29, 2012

Sepanjang cuti Raya Deepavali dan Awal Muharam lepas saya berpeluang berkunjung ke rumah bekas pengasuh saya semasa saya darjah 1 dahulu (1989) di Kampung Paya.

Dahulu beliau yang banyak ajar saya bergaul dengan budak-budak kampung, cara main dan buat permainan menggunakan bahan terpakai..kalau tak, saya apa pun tak tau benda-benda kampung sebab kami duk di Taman Seri Genting...(perumahan taman paling awal di Balik Pulau)

Saya tadika di bandar (Maktab Perguruan Seri Pinang)..dah tutup pun maktab tu....saya tak kenal pelajar SKG tahun 1 masa tu..tetapi sesama depa dah kenal sebab depa budak tadika KEMAS Kampung Paya....depa bersukan sama-sama dah tahu sapa pandai sukan dan macam2...saya ketinggalan dan tiada kawan sangat melainkan dengan Khairul Azhaz (2 pupu saya), dengan Hashimah (anak pak lang Hashim kini Imam Masjid Kg Terang) dan kawan dengan Shahadah (besfren)...Ada seorang lagi Khairul Azhar telinga capang dok Pondok Upeh...

Rumah Makcik Miah ni di penghujung perumahan awam Kampung Paya...dekat kubur....depan kubur ada rumah India Sha Shi Kumar teman sepermainan...

Dekat sana juga ada rumah Akmam (dah pindah ke Kampung Terang), rumah Midah dan Mimi (abang Midah)....

Jamban rumah ni jauh...jenis tangki besar...saya takut jadi buang hajat tiap-tiap hari guna cangkul. gali lubang, buang..sambil tengok biawak mengintai celah semak..pas tu tanam...selamat...

Bilik mandi Makcik Miah dah tinggal kolah ja..dinding dah tiada...zaman la semua bilik mandi dalam rumah jadi Makcik Miah pun renovate rumah ikut zaman...bilik air dalam rumah...

Dahulu dia guna dapur minyak gas....selalu nampak dia pam...baru boleh masak...

Saya selalu diminta pergi kedai kecik kat Kampung Paya sebelah court badminton/takraw(sekarang dah jadi rumah)..beli maggi cintan dua pek...dia akan masak dengan resepi sendiri....tak guna perencah..ambik mi sahaja...power...paling best masak taucu Makcik Miah....

Semua saya ingat....dia suka bercerita...cerita asal usul kampung dan Balik Pulau yang dia ingat...saya suka sejarah..jadi saya suka dengar dia cerita...

Muhammad Nuruddin Bashah

Dukung cucu angkat...


Makcik Miah...


dulu pintu ni pintu keluar rumah...tandas yang nampak tu renovate sebelum saya tak diasuh di sini..dulu dapur ini adalah ruang berpasir tempat saya main depan rumah....


Yusuf dan troli Giant

on Wednesday, November 28, 2012

 
Cuti sempena Awal Muharram dan Hari Deepavali yang lalu kami balik kampung Balik Pulau.
 
Tok dan Mak Su Jannah beli 'walker' untuk Yusuf. Ketika di Giant Bayan Baru, kami cuba bagi Yusuf duduk dalam troli barang ni sebab Yusuf dah boleh duduk tegak di rumah..nampaknya Yusuf lulus ujian..hehe. Lepas ni tak payah dah tolak Yusuf dalam 'stroller' bila beli barang di Tesco/Giant.



 
 
Yusuf penat dan mengantuk..baru lepas cuba 'walker' yang dipamerkan..naik macam dah beli, ke sana sini tak hirau orang..
 
 
**Ibu Yusuf**

Kaedah buat puri

on Saturday, November 24, 2012

Kalau tanya Haji Google tentang cara buat puri, mesti jumpa punya..ramai golongan ibu khasnya yang suka berkongsi maklumat tentang topik ni..
Kali ni kita tengok macam mana ibu Yusuf buat..teruja sangat sampai barang dan periuk semua dah siap letak atas meja makan 2 hari sebelum Yusuf genap 6 bulan..haha
 
 
 
Tak susah kan? Buah-buah yang lembut seperti pisang, betik, avocado tak perlu kukus/rebus..lenyek je, dah boleh makan..buah lain, kukus sekejap untuk lembutkan..nanti mudah nak kisar halus..
 
Saya sediakan puri ni setiap hari sebelum makan tengah hari..buat siap-siap untuk 2 kali makan..separuh makan tengah hari, separuh lagi masuk dalam peti ais..sejam sebelum makan petang saya keluarkan..dah hilang rasa sejuk puri tu baru suap kat Yusuf..

 
Ni antara gambar awal Yusuf mula makan puri pear..gambar ke4 tu jarang-jarang berlaku..hehe
 
 
**Ibu Yusuf**

Lulus! Buah dan sayur..

 
Nyum nyum..Yusuf memang mudah makan, tak banyak songeh orang kata..hehe. Senang ibu dia suap makanan..
Selama sebulan kami hanya bagi Yusuf makan puri buah atau sayur..ini hanyalah makanan pelengkap ye..makanan utama Yusuf semestinya masih susu ibu yang kaya dengan 1001 khasiat itu..ops, air masak pun Yusuf baru mula minum, di selang-seli dengan puri..
Masa bagi Yusuf makan puri, muka manis jer..masa minum air masak, dia suka menyembur..haish, main-main pulak budak kicik ni..
 
Jom tengok apa yang Yusuf makan..
Ibu: Yusuf, lets learn what u eat!
Yusuf: ........... (nganga mulut)

 
1-pear
2-epal merah..hijau tak mau naa, masam!

 
3-lobak merah
4-pisang...bananana!
5-keledek..tak jumpa yg merah, putih pun boleh tapi manisnya kurang sikit la..
 
yang tiada dalam gambar :
6-betik..dah tunjuk awal lagi kat Yusuf, sebelum betik kena potong..huu
7-mangga/pelam manis
 
Yusuf juga pernah cuba puri campur contohnya:
pisang+keledek
kacang hijau (peas)+lobak..yang ni memang gagal, Yusuf memang tak berkenan..2 kali suap je boleh..
 
Hasil dalam bulan ni, boleh kata setiap hari Yusuf buang air besar, kadang-kadang tengah makan pun muka berkerut-teran berak..aiyoo!
Paling cepat Yusuf 'membuang', lepas makan pisang, epal atau betik..
 
 
**Ibu Yusuf**
sangat seronok ajar anak kenal dan makan buah/sayur =)
 

Suntik antiparasit pada kucing

on Friday, November 23, 2012



16 Nov 2012 yang lalu selepas bercuti 6 hari di Pulau Pinang...kami bawa 5 ekor kucing ke Jabatan Haiwan Ipoh berdekatan dengan JPJ Ipoh...
Ramai juga manusia....
Semua kucing ni bersin, selsema, muntah, mata sakit berair...

Jadi Doktor hanya beri suntikan anti parasit dan ubat pil antibiotik sahaja...kenalah RM 25...

Yusuf pulak diam sahaja...tengok ja semua kucing yang datang ke pejabat haiwan.....

Muhammad Nuruddin Bashah





Kucing mama tu baby lagi..baru sebulan.  Ada empat ekor kesemuanya.  Cuma seekor ni dah dua kali muntah.  Pertama kali tu mama tak tengok sangat sebab muntah dia warna putih berketul ketul..mungkin muntah susu agaknya..kata hati mama..takda laa heran sangat..

Pagi tadi mama tengok dia muntah lagi..kesian dia.  Mama tengok dekat dekat dan terlihat ada benda bergerak gerak kat muntah dia tu.  Anak mama kata semut..mama tak puas hati.  Ambil lampu suluh,  suluh ke arah muntah.  Kelihatan cacing panjang lebih kurang dua inci sebesar mee hoon kering,  meliuk liuk..dua ekor kesemuanya..geli geleman mama tengok..

Biasalah..pelik sikit..buka cik google cari info.  Rupanya memang masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh membawa mudarat kepada kucing.. alahai kesian kucing mama...

Mama terjumpa satu petua untuk merawat kucing di rumah,  beri kucing makan bawang putih.  Ambil 1/4 bawang putih dan kisar halus.  Jika kucing dewasa campur ke dalam makanan dia,  kalau baby..? mama ingat nak buat jus dan titik kat dalam mulut dia..cuba dahulu.  Kalau tak berkesan terpaksa hantar jumpa doktor..


Kebaikan bawang putih kepada kucing ialah menghapus cacing, menghapus parasit di dalam usus, menghilangkan kutu badan dan ubat sakit kulit..di sapu pada kulitnya yang bermasalah..Bila dah sembuh kena hentikan serta merta sebab kandungan N-Propyl Disulphide akan memusnahkan sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia..kurang darah laa tu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved