Lusa, Yusuf 6 bulan!Jeng3x..masa untuk makan!Selepas 6 bulan berjaya mengharungi penyusuan secara ekslusif, Yusuf akan mula memasuki fasa baru..hehe. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan nikmat masa dan rezeki susu yang amat tidak ternilai ini. Disebabkan Yusuf dah biasa minum susu (cecair), untuk permulaan makan Yusuf perlu diperkenalkan dengan makanan separa pejal dulu (semi-solid food). Nak mudah kata, tak mau perut dia terkejut kalau terus bagi makanan pejal. Perut Yusuf pun dah biasa hadam cecair, jadi kalau terus bagi makanan pejal, perut dia terpaksa kerja keras. Kesian Yusuf nanti..
Sebelum memulakan penyusuan ekslusif dahulu, saya banyak membaca dan mencari info berkaitan. Sama juga sebelum saya dan suami membuat keputusan untuk pakaikan Yusuf kain lampin moden (cloth diaper). Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing kan :] Dalam dua minggu kebelakangan ini, saya banyak membaca topik berkaitan permulaan pemberian makanan kepada bayi. Yang pasti Kumpulan HSFFYB (Homemade Solid Food for Your Baby) di FB sangat membantu!
Di sini saya sertakan 33 soalan asas dan jawapan yang saya kumpul dari perbincangan kumpulan tersebut. Baca jangan tak baca.. hehe. Saya dah hadam dan akan cuba aplikasi pada Yusuf nanti.
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.
Ya.
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.
11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.
13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.
14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.
Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.
Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.
24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,
31) honeydew bole buat puree ke?
Honeydew boleh 8-10 bulan
Cuba teka apakah makanan separa pejal pertama Yusuf nanti? Kami dah siap beli bahan-bahan masak ni. Barang-barang yang diperlukan pun dah ada..Tunggu lusa saja (mode tak sabor orang perak kate)..huu.