Showing posts with label Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Yusuf. Show all posts

Persoalan Asas 'Solid Food for Baby'

on Thursday, October 4, 2012

Salam semua..

Lusa, Yusuf 6 bulan!Jeng3x..masa untuk makan!Selepas 6 bulan berjaya mengharungi penyusuan secara ekslusif, Yusuf akan mula memasuki fasa baru..hehe. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan nikmat masa dan rezeki susu yang amat tidak ternilai ini. Disebabkan Yusuf dah biasa minum susu (cecair), untuk permulaan makan Yusuf perlu diperkenalkan dengan makanan separa pejal dulu (semi-solid food). Nak mudah kata, tak mau perut dia terkejut kalau terus bagi makanan pejal. Perut Yusuf pun dah biasa hadam cecair, jadi kalau terus bagi makanan pejal, perut dia terpaksa kerja keras. Kesian Yusuf nanti..

Sebelum memulakan penyusuan ekslusif dahulu, saya banyak membaca dan mencari info berkaitan. Sama juga sebelum saya dan suami membuat keputusan untuk pakaikan Yusuf kain lampin moden (cloth diaper). Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing kan :] Dalam dua minggu kebelakangan ini, saya banyak membaca topik berkaitan permulaan pemberian makanan kepada bayi. Yang pasti Kumpulan HSFFYB (Homemade Solid Food for Your Baby) di FB sangat membantu!

Di sini saya sertakan 33 soalan asas dan jawapan yang saya kumpul dari perbincangan kumpulan tersebut. Baca jangan tak baca.. hehe. Saya dah hadam dan akan cuba aplikasi pada Yusuf nanti.

Ini gambar dari Google bukan Yusuf ye.

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?
Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.

21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..

25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?
Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebmpun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri

26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,


27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sme ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.

28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.
Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.

29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?
Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit

30) t0fu tu kal0 dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler
Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

31) honeydew bole buat puree ke?

Honeydew boleh 8-10 bulan

32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.

33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.


Cuba teka apakah makanan separa pejal pertama Yusuf nanti? Kami dah siap beli bahan-bahan masak ni. Barang-barang yang diperlukan pun dah ada..Tunggu lusa saja (mode tak sabor orang perak kate)..huu.

**Ibu Yusuf**

Cuti Hari Malaysia - kolam air panas

on Wednesday, September 26, 2012


Pada Cuti Hari Malaysia yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah sambil rendam kaki di Kolam Air Panas Ulu Legong.

Kami dari Jitra, manakala mak sekeluarga dari Penang mai ikut lebuhraya BKE ke Baling...Kami ikut Gurung Jeniang dan Sik...

Bagus juga sekali-sekala rendam dalam air panas berubat ini.



Diriwayatkan pada suatu ketika dahulu, nenda Sultan Abdul Halim iaitu Sultan Abdul Hamid telah berkenan untuk berkunjung dan bersiram di Kolam Air Panas Kampung Ulu Legong ini.
Justeru, penduduk kampung telah bergotong-royong membina kolam berbentuk segi empat daripada simen. Bahan-bahan binaan itu telah diangkut masuk ke kawasan berkenaan menggunakan gajah.
Bagaimanapun, tentera Jepun sekitar tahun 1940-an telah menjadikan persekitaran Kampung Ulu Legong sebagai salah satu kawasan operasi tentera yang merupakan laluan masuk dari Thailand. Sekitar tahun 1970-an pula ia digunakan sebagai markas operasi tentera oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk memburu anggota komunis.
Air panas yang keluar dari sumber air panas di dunia biasanya mengandung mineral tinggi, seperti kalsium, belerang, litium, dan radium yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, khususnya penyakit kulit.
Begitupun Air panas ini, yang meskipun tak mengandung belerang,  dipercaya dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti eksim atau gatal-gatal.

Muhammad Yusuf teruja tapi takkan nak rendam dia pulak kan...

Muhammad Nuruddin Bashah











Dunia 'Solid Food' Yusuf..

on Monday, September 24, 2012


Tak sampai 2 minggu lagi umur Yusuf bakal bertambah-6 bulan! Rasa cepatnya masa berlalu..setiap kali bagi susu, saya selalu bayang Yusuf yang kecil dulu..yang beratnya masa lahir 3.15kg, ukur lilit kepala 32cm dan panjang 48cm..fuhh, ni memang saya hafal..Sambil-sambil tu, bayang juga panjang pembaris yang 30 cm tuu..haha.

 
6 bulan Yusuf dah sedia untuk makanan pejal (solid food). Hasil dari pembacaan saya, tanda-tanda baby ni dah sedia:
1. Head control. Your baby needs to be able to keep his head in a steady, upright position.-Yusuf boleh dah ni..bila dukung, sat kiri sat kanan dia pusing kepala. Bila letak atas stroller, dia dah mula tunjuk tanda nak ke depankan badan (macam nak duduk sendiri).
2. Chewing motions. -Ada-ada!Tak hisap apa-apa pun mulut nampak macam tengah mengunyah..
3. Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight.-Birth weight Yusuf 3.15kg..double maksudnya 6.3kg..Confirm lepas!
4. Growing appetite. He seems hungry – even with eight to ten feedings of breast milk or formula a day.-Erm..Yang ni tak berapa pasti sebab saya kerap bagi susu kat Yusuf sampai dia kenyang, paling lama pun jaraknya 2 jam..Malam pula bila tengah tidur, dia gerak-gerak banyak, terus saya bagi. Yusuf tak sempat rasa lapar sangat kot..haha. Kira konsep 'BF on demand' masih lagi berjaya hingga saat ini..Alhamdulillah..

Sumber:babycenter.com



Comotnya tapi comel!Macam mana la gaya Yusuf nanti..huu
 
 
**Ibu Yusuf**

Atok dalam TV..

 
Nampak gayanya Yusuf ni suka duduk sambil tengok Atok kat TV. Tapi ibu tak boleh biar Yusuf duduk macam ni lama-lama sebab Yusuf memang tak pandai duduk lagi. Tak bagus juga untuk tulang belakang Yusuf kan..

Pesan Atok harini:
1. Dalam salam tak ada perkataan TAALA..
2. Bila orang bagi salam 'Assalamualaikum', sebaiknya kita jawab lagi panjang 'Waalaikummussalamwarahmatullahhiwabarokatuh'..
3. Ucapan salam kekal sampai akhirat. Dalam syurga nanti, semua suka bagi salam..

Sebelum bagi Yusuf tidur lagi satu round pagi2, saya bagi dia tengok Pesan Atok-TV9, 8.30 pagi dulu..mudah-mudahan besar nanti Yusuf jadi macam Atok dalam TV tu-Al-Hafiz ;]
 
 
 
**Ibu Yusuf**


Cuti Hari Malaysia : Yusuf Pink

on Thursday, September 20, 2012




 
 

Balik ke Jitra, Yusuf dibelikan Tok Mamanya sepasang baju bewarna merah jambu....nampak comel sangat bila tengok sebab wajah Yusuf lembut...sebagai bapa tak elok juga puji anak sendiri...tapi apa saya nak tipu diri sendiri....Yusuf..ayah sayang Yusuf tau...
 


Muhammad Nuruddin Bashah

Muhammad Yusuf marah kipas

on Tuesday, September 18, 2012


Dalam perjalanan balik ke Ipoh dari Jitra Kedah..bercuti 16 September di Pulau Pinang dan Kedah....saksikan gelagat Muhammad Yusuf

Muhammad Nuruddin Bashah

Cubaan kedua Yusuf

on Monday, September 10, 2012

Sebelum

Selepas
 
Ni cubaan kedua Yusuf meniarap.
Bukan setakat meniarap, dia tergolek terus! Punya cepat sampai tak sempat tangkap gambar masa dia meniarap. Yang ni pun berakhir dengan menangis sebab kepala dah kena kerusi tu (nasib baik bawah kerusi tu kain saja)..Susu mari juga laa..
 
**Ibu Yusuf**

Yusuf dah pandai meniarap sendiri!




 
Harini usia Yusuf 5 bulan, 4 hari..
yang bestnya, Yusuf dah boleh meniarap sendiri!Alhamdulillah ;) Saya tengah lipat kain di hujung kaki Yusuf..saja-saja letak dia atas toto kat bawah. Lantai kan rata, tak macam atas tilam yang kadang-kadang tenggelam timbul..Saya tinggalkan Yusuf sekejap sebab ke dapur rebus ikan nak bagi kucing..masuk ja bilik, tengok-tengok dia dah meniarap! Yusuf menangis kejap sebab sebelah tangan dia lurus lagi, tak pandai bengkok ke depan. Lepas saya tolong, seronoklah dia..Yusuf meniarap tak sampai 5 minit, lepas tu dia menangis balik..huu. Apa lagi, susu jer la yang boleh pujuk. Tok mama Yusuf kata dia dok rasa terkejut lagi, pertama kali kan..

 
Ni gambar cubaan dulu-dulu yang tak berjaya. Tiap kali dia macam ni, saya suka bagi kata-kata semangat.."Go Yusuf Go!" "Yusuf boleh!" "Gagal sekali bukan selamanya" lah, macam-macam la..hehe
 
**Ibu Yusuf**

Yusuf dah tangkap kaki


Yusuf dah pandai pegang kaki kiri sejak usi 4 bulan..sekarang dah 5 bulan lebih....dah try capai kaki kanan pulak.

Pagi2 Muhammad Yusuf akan naikkan 2 kaki dia kecik ja..pas tu hempas atas tilam...macam katon..ha ha ha ha...

Mungkin dia nak try exercise ni...

Muhammad Nuruddin Bashah

Tarbiatul Aulad-Pujian untuk Anak

on Friday, September 7, 2012




2 jenis pujian kepada anak-anak:
Pujian yang baik

1. merangsang unt terus melakukan kebaikan,
2. sederhana,
3. dikaitkan dgn syukur kpd Allah,
4. menjadikan anak yakin pd diri unt terus berjaya..

 Pujian yang tidak baik

1. menimbulkan rasa ujub atau takabur,
2. melampau,
3. tidak dikaitkan dgn syukur kpd Allah,
4. menjadikan anak leka&cuai dgn 'kehebatannya'..

 Sumber:Sudut Tarbiatul Aulad, Era Muslimah Julai 2012

Serupa Tapi Tak Sama (1)

 
Apa yang serupa tapi tak sama?..
 
 
**Ibu Yusuf**

Muhammad Yusuf dan Muhammad Safuan

 
Ni kawan baik Yusuf. Nama naga hijau ni Muhammad Safuan (ayah Yusuf bagi nama) :)

 
Saya amalkan minum susu Anmum Materna sepanjang mengandung. Dalam Majalah Pa&Ma Mac 2012, ada promosi tukar 4 pencedok susu Anmum dengan 'soft toy' dan selimut baby. Rezeki Yusuf nampaknya ni..dahla naga comey, hijau pula tu :)
 
 
Muhammad Safuan nama diberi,
Selimut kuning dipeluk setiap hari,
Menunggu kawan baru belum tiba lagi,
Bersabarlah ia menanti dan menanti..
(1 April 2012)
 
Jujurnya, setiap kali lihat naga ni, saya rindu sangat..rindu pada Muhammad Yusuf yang sedang membesar dalam rahim, yang belum sampai masanya untuk dilahirkan..sebab tu saya tulis pantun di atas..
 
**Ibu Yusuf**


Dunia Cloth Diaper Yusuf

 
Semua maklumat tentang CD di internet saya kumpul dalam satu buku.
 
Ketika mengandung lagi saya sudah mula mencari maklumat mengenai kain lampin moden atau lebih dikenali sebagai cloth diaper (CD). Tujuannya, supaya pelaburan yang saya buat untuk membelinya nanti berbaloi. Awalnya, antara sebab saya ingin pakaikan Yusuf CD adalah:
1. Menjimatkan wang. CD boleh dibasuh dan pakai semula berbanding pampers/disposable diaper yang biasa dijual. Nanti saya masukkan jadual duit yang boleh dijimatkan yang saya buat sendiri.
2. CD semua cantik dan comey. Ni faktor luaran yang selalu buat saya rambang mata bila tengok gambar CD.
3. Mesra alam. DD mengambil masa bertahun-tahun untuk dilupuskan. CD? Siap boleh diwariskan dari anak pertama ke anak kedua dan seterusnya. Memang mesra alam.


Kali pertama Yusuf pakai CD (hari ke 45).
 
CD jenis ni memang khas untuk 'newborn' tapi saya hanya mula pakaikan Yusuf selepas habis pantang sebab sepanjang tempoh pantang, Yusuf selalu berak. Setiap kali tukar pampers 'confirm' ada! Jadi, sebaik sahaja habis pantang, saya bagi pakai. Tawakkal je walaupun tak tau bila Yusuf akan mula jarang-jarang berak. Rupa-rupanya hari pertama dia mula pakai, hari itulah dia berak sekali sahaja dalam sehari dan lama-kelamaan 2-3 hari sekali..Takla susah sangat saya nak membasuh..hehe.

 

 
Beberapa aksi Yusuf dengan CD yang berbeza (masa ni Yusuf baru 2 bulan).
 
Masa mula-mula pakaikan CD pada Yusuf memang nampak besar. Saya 'adjust' sikit, kecikkan CD tu menggunakan butang-butang yang ada di depan CD.
 
**Ibu Yusuf**

Yusuf 5 bulan...



One month to go for solid food & end of 6 months' exclusive breastfeeding ;) such a great journey being a mum to Muhammad Yusuf..Thank you Allah ;)

Ibu Yusuf

Al-Kesah Tersebutlah Kisah..(1)

on Thursday, September 6, 2012


17 Oktober 2011

Hari itu saya pergi kerja seperti biasa..agak bersemangat sebab naik motor baru yang didaftar atas nama sendiri..hehe. Motor pertama dan kali pertama bawa. Saya ke Greentown, Ipoh dulu untuk uruskan hal syarikat di bank-bank di sana. Banyak cawangan bank ada di Greentown, mudahlah kerja saya.

Selesai saja, saya ke Klinik Kesihatan Greentown. Curi masa pejabat sikit sebenarnya dah alang-alang ada di kawasan tu. Sebelum tu sms dulu bos bagitau untuk elak masalah kalau dia cari saya nanti. Kenapa saya ke klinik?Niatnya nak buat ujian 'pap smear' selepas mendengar cerita Hazrati (kawan semakmal di USM). Seorang kakak Hazrati meninggal dunia akibat kanser dan mak cik saya pun ada seorang mengidap kanser rahim. Saya fikir dah kahwin ni boleh la saya buat ujian tu.

Lama juga saya tunggu giliran jumpa doktor, sempat satu majalah Infiniti saya habis baca. Biasalah klinik kerajaan, mcam-macam jenis orang dengan macam-macam penyakit ada. Sampai giliran, saya berjumpa seorang doktor perempuan berbangsa Cina. Saya ditanya tujuan nak buat ujian. Alasan yang saya bagi, sebab dah kahwin dan kitaran haid tidak teratur. Doktor tu pegang dan tekan-tekan bahagian bawah perut. "U check dulu dan confirmkan u tak pregnant, then i buat surat refer pakar di hospital besar." Terus saya jawab, "Saya tak pregnant doktor, confirm!"."U buat test dulu, kalau tak ujian pun tak boleh buat." Pulak. Tak terfikir pulak saya niat nak buat ujian 'pap smear' kena buat test pregnancy dulu. Mengandung? Lagila saya tak terfikir...

...bersambung...

**Ibu Yusuf**

Proses kelahiran Yusuf...

Bersambung kisah kelahiran Yusuf...



Selepas dibawa ke hospital dan diperiksa, pada petang 5 April 2012, Doktor kata belum sedia bersalin..mungkin esok...

Esoknya, 6 April 2012, apabila saya telefon tanya nak makan nasi lemak atau tidak (saya nak bawa balik), Wardah mengadu sakit setiap setengah jam. Sah, itu tanda contraction...

Saya segera suruh dia makan sarapan bijirin, minum siap-siap dan mandi siap-siap (walaupun ada petua kata tak boleh mandi sebelum bersalin)...



Selepas ke Hospital Besar Ipoh, beliau ditahan terus....

Saya releks ja..cuma saya terpaksa tinggal solat Jumaat sebab saya nak teman beliau dalam dewan bersalin.

Dari dewan ABC iaitu bilik menunggu contraction, saya dah siap menunggu Wardah, berzikir sambil bagi minum air zam-zam. Milo kotak yang saya seludup masuk pun nurse tak bagi minum takut muntah....darah dah start keluar lebih banyak dari semalam....Wardah kerap nak buang air kecil lagi..saya pimpin dia ke bilik air...

Bila dah sakit makin kerap, beliau masuk ke dewan bersalin pada 4.45 petang...air ketuban dipecahkan dan selepas tu baru saya dibenarkan masuk semula...

Doktor kata mungkin pukul 7 bersalin..saya tak percaya...biasalah saya memang payah nak percaya dalam hal -hal macam ni...

Saya panggil doktor masuk semula pada jam hampir 5 petang bila Wardah mengadu sakit kerap dan rasa baby nak keluar...Nurse yang berpengalaman cakap dah sedia bersalin!Nampak! Kalau saya tiada di situ ntah macam mana....bilik tu Wardah seorang sahaja duduk....

Sepanjang bersalin, saya yang tolong kira pernafasan, tarik nafas dan push hampir 8 kali juga....Yusuf selamat menunjukkan jambul rambutnya.....

Akhirnya dia selamat dikeluarkan..macam ikan letak atas meja masa dikeluarkan.....

Terus saya azan....dengan kuat siap lagu Nahwand....Nurse kata sedap...

Cerita azan ni saya akan cerita dalam ruangan lain....

Yusuf dan mesyuarat

on Wednesday, September 5, 2012


Yusuf tidur di surau Pejabat PAS Song Choon....dia ikut ayah dia pi mesyuarat..
Sebelum tu dia ikut kami pi kuliah di Masjid Panglima Kinta...sambil kami solat Isyak, terdengar dia cakap sorang-sorang....layan blues..dia tak kacau ibu dia nak solat...

Pas ni Yusuf besar belajar solat ye...

Nasib Yusuf amat baik kerana tidur selesa saban malam..tiada terdengar bunyi bom atau terkena serpihan peluru...tak macam kanak-kanak dan bayi di Syria..saban hari mati dalam pangkuan ibu dan bapa....

Muhammad Nuruddin Bashah






Satu keluarga demam


Satu keluarga kami demam hari ini. Mula-mula Wardah demam dan batuk..sepanjang ke Selayang minggu lepas pun dia batuk....

Pastu semalam berjangkit kat saya..siap demam lagi lepas selesai bagi kuliah di Masjid Panglima Kinta...
Tanda saya demam senang sahaja, sendi semua rasa sakit, nafas rasa panas..
Hari ini MC, saya dan Wardah dua-dua pergi ke klinik ambik ubat....nasib baik rawatan Wardah syarikat tanggung jugak...

Ubat Wardah dihadkan hanya ubat kahak dan diberi 'mask' untuk elak jangkitan kepada Yusuf. Ubat panadol, piriton dan ubat batuk doktor tak bagi takut ada kesan pada Yusuf...

Lepas tu ke Klinik Desa Siputeh pula untuk pemeriksaan bulanan Yusuf...

Muhammad Nuruddin Bashah

Sahur sunat bersama Yusuf..

on Saturday, September 1, 2012


Ini gambar wajah Muhammad Yusuf yang jengkel dengan ibu bapa nya yang bersahur di kedai mamak pada khamis yang lalu 30 Ogos 2012...

Wardah makan dua roti canai sebab dia yang nak puasa...saya tak larat dah...

Muhammad Yusuf senang nak kejut pagi dan bawa ke mana-mana...

Muhammad Nuruddin Bashah




MAKHLUK ASING?


Ini bukan makhluk asing....tetapi Yusuf yang sedang beraksi dengan mainan teether sebab rasanya dia dan mula gatal gusi sejak 4 bulan setengah....

dah la tudung ibu dia pun semua dia makan...... 

Muhammad Nuruddin Bashah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Sahabat Saya

Peringatan

Segala yang saya tulis didalam blog saya adalah sekadar pendapat saya tentang pengalaman serta ulasan saya tentang berita yang saya baca serta saya dengar atau saya lihat dan alami sendiri.

Pendapat saya mungkin akan berbeza-beza dan tidak akan sentiasa sama diantara pendapat terbaru dan pendapat yang lama dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak tertentu kecuali jika saya letakkan namanya atau linknya.

Saya tidak membenarkan kepada mana-mana pihak atau pembaca blog saya ini membuat printscrint terhadap blog ini atau mana-mana bahagian blog ini tanpa meminta izin saya terlebih dahulu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba mencabuli hak persendirian ini.

Segala kata-kata saya adalah lahir dari hati turun ke jari-jemari...

Terima Kasih,

///Muhammad Nuruddin Bin Haji Bashah///
 
© Semua Tentang Yusuf dan Maryam All Rights Reserved